Jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 telah dinamakan sebagai calon yang bakal menggalas cabaran untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Kuala Besut buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut 24 Julai ini.
Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin siang tadi di Dataran Kuala Besut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3-T4v9d7-bj8sBPIGuTAks-t4CJwqfsItLfKOAeJVRAdPplTna6vTliFwmqn5uUUvnrE39gnZ4THkkuez6X1dc7f7qbNLTD8a5IH-0wN_Gq1EySqYS8bovhxKtt-BytPgz50F1OBliFY/s1600/muhyiddin+prk+dun+kuala+besut+calon.png)
Untuk rekod, Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut dan kini bertugas sebagai jurutera JPS di Putrajaya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyhLMyXHq_k0iknOzlbaLGK_QPWUkEKTlcbf-PtDqhnuWQtUdpq7ZpCXyYiQYkCqpbRBM8zojgUNm29es03ygSKSlvQxjX0Y5F7U3I-IePzrcL46luqORGFQWQzpsjMYdQfHzTZMNH86o/s1600/rahman+mokhtar.jpg)
Pada PRU13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
No comments:
Post a Comment