Pelakon dan juga Pengarah paling kontroversi (sehingga mendapat gelaran pengarah paling dibenci) oleh sesetengah pihak, Namewee dikhabarkan telah memulakan penggambaran filem terbarunya berjudul Banglasia, yang akan dijalankan pengambarannya di Malaysia, Singapura dan Bangladesh.
Menerusi laman Yahoo menyebut, filem itu turut menampilkan kolaborasi pelakon dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Bangladesh. Barisan pelakon yang terlibat seperti Saiful Apek, Dato David Arumudam, Nirab (Bangladesh) Atikah Suhaime (Singaporean actress) dan Lao Zha Bor (pelakon komedi dari Singapura).
Menurut penerbit eksekutif, Fred Chong, tajuk filem itu mungkin bunyinya berbaur kontroversi dan bersifat perkauman. Tetapi pihaknya awal-awal lagi telah terbang ke Bangladesh untuk menjalankan penyelidikan terlebih dahulu, dan pihak di sana telah memberi lampu hijau kepada produksi tersebut.
Sementara itu, Nirab pula memberitahu dia menerima tawaran untuk berlakon dalam Banglasia kerana beliau pernah menonton beberapa karya yang pernah dihasilkan oleh Namewee. Bahkan aktor itu berasa terharu apabila Namewee sendiri sanggup datang ke Bangladesh untuk berjumpa sekaligus menawarkan kepadanya watak dalam filem tersebut.
Filem ini juga merupakan lakonan pertama Nirab di peringkat antarabangsa. Dalam Banglasia, Nirab akan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan bantuan seorang penterjemah Benggali.
Banglasia merupakan garapan aksi pertama Namewee. Filem ini telah pun menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan ia dijangka bakal ditayangkan pada Tahun Baru Cina 2014.
Sementara itu Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai pembabitan pelakon Bangladesh itu dalam filem terbitan Prodigee Media Sdn Bhd itu. Bagaimanapun kata Zed, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan pelakon luar negara yang terlibat dalam filem tersebut telalu melalui prosedur yang betul sepertimana yang telah ditetapkan.
"Setakat ini saya tidak pula dimaklumkan apa-apa tentang filem mahupun produksi berkenaan. Setiap hari ada banyak produksi yang jalankan penggambaran dan kita pun tak boleh nak tahu tentang semua produksi itu. Biasanya pihak kami akan membuat siasatan berdasarkan laporan.
"Tapi kalau benar produksi berkenaan menggunakan khidmat pelakon luar negara, sebagai mana syarat yang telah ditetapkan, pihak penerbit dan produksi perlu mematuhinya. Kita akan jalankan siasatan mengenai hal ini", kata Zed Zaidi ketika dihubungi Malaysian Digest.com sebentar tadi.
Sebelum ini laporan media menyebut, bermula Januari 2013, artis luar yang ingin berlakon di Malaysia membuat permohonan melalui tiga persatuan seni berdaftar mengikut bidang tugas masing-masing. Tiga persatuan tersebut adalah Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).
- mD
- mD
No comments:
Post a Comment