Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, July 12, 2013

Main Mahjong..Tak Puasa, Selebriti Seksi Kantoi!

 

Hari pertama puasa diberitakan seorang artis wanita seksi telah kantoi tak puasa apabila dicekup oleh pihak berkuasa di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong.

Selain bermain mahjong, selebriti yang merupakan seorang pelakon dan pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu dilaporkan sedang bermain mahjung ketika serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Sinar Harian online di dalam laporannya menyatakan bahawa pelakon tersebut ditahan bersama seorang lagi wanita yang turut dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman dengan memberi alasan sakit perut.

Ketika serbuan, beliau yang berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sedang leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker. 

Difahamkan, pelakon tersebut kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir apabila wajahnya dirakamkan dan namun dibebaskan selepas butir keterangan dirinya diambil.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...