Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, July 02, 2013

Bung cabar CEO AirAsia X berhijrah keluar M'sia





Oleh Qurnisha Hamka

Ahli Parlimen BN Datuk Bung Mokhtar Radin mencabar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman Rani supaya “berhijrah ke negara pilihannya” ekoran kritikan beliau terhadap editorial Utusan Malaysia yang didakwa berbaur rasis.

Menurutnya, Azran tidak layak untuk berada di negara ini dan seharusnya berhijrah ke negara lain, sambil menyifatkan beliau sebagai “Melayu biadap.”
 
Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) menyuarakan pandangannya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbuka Azran yang menyatakan perasaan meluatnya terhadap Utusan yang dilabelkan sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.

Ahli korporat itu, menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya, turut memperlekeh PERKASA dengan menuduh pertubuhan itu berfikiran sempit sehingga menyebabkan orang Melayu ketinggalan.

Speaker Pandikar Amin Mulia menegur Bung Mokhtar kerana “tidak sesuai” untuk mengkritik seseorang “yang tidak boleh mempertahankan diri mereka."

Bagaimanapun, Bung Mokhtar meneruskan tegurannya terhadap Azran, dengan menggelarnya “Melayu biadap” selepas dicelah oleh Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

“Dia (Azran) lupa kewujudannya di negara ini adalah disebabkan kestabilan negara yang telah memberi dia peluang untuk menjalankan perniagaan,” kata Bung Mokhtar.

Menurutnya, amaran Azran hendak menarik keluar iklan AirAsia X dari Utusan Malaysia adalah satu “ancaman serius.”

Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...