Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, May 27, 2013

Syabas Pelumba Moto2 Negara Berjaya Naik Podium!



Malaysia boleh!!! Malaysia boleh!!! Malaysia boleh!!!

Tahniah diucapkan kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kerana telah berjaya mencatatkan satu lagi sejarah gemilang buat negara khususnya terhadap peminat-peminat sukan permotoran di negara ini.

Penonton di Litar Motorland Aragon, Sepanyol menjadi saksi terciptanya sejarah apabila anak muda kebanggaan negara ini telah berjaya menaiki podium dalam perlumbaan pusingan kedua Moto2 semalam.

Penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia ini telah menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang pelumba Sepanyol, Roman Ramos sementara pelumba Amerika Syarikat, Kenny Noyes di tempat ketiga.

Perlumbaan 15 pusingan itu telah berjaya ditamatkan Hafizh dengan catatan masa 29 minit 27.524 saat.

Syabas Ketam ucapkan kepada beliau. Semoga kejayaannya itu menjadi pemangkin kepada lebih banyak kemenangan pada musim ini.

Adios!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...