Dalam artikel sebelum ini Ketam telah menulis tentang pengumuman rasmi oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kebenaran sementara kepada pemandu teksi bandar untuk mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 15 Mei 2013.
Susulan itu, artikel kali ini akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai pelaksanaan inisiatif tersebut berdasarkan penerangan kepada media yang dibuat oleh Syed Hamid pada 13 Mei lalu.

1. Memastikan terdapat cukup penawaran teksi di KLIA
2. Pengguna mempunyai pilihan samada menggunakan Teksi Airport (yang menggunakan kupon dengan sistem zon) ataupun Teksi Bandar yang menggunakan meter.
LATAR BELAKANG
1. Airport Limo (ALM) adalah syarikat teksi tunggal yang memberikan perkhidmatan di KLIA sejak KLIA mula beroperasi pada tahun 1997.
2. Terdapat beberapa insiden di mana penumpang terpaksa menunggu lama kerana tidak terdapat cukup teksi di KLIA terutama sekali hujan lebat di Lembah Kelang.
3. Ini memberikan imej yang buruk kepada imej KLIA sebagai pintu masuk utama ke Malaysia.
4. Isu ini dibawa ke perhatian Jemaah Menteri pada 19 September 2012 dan SPAD diminta untuk menerangkan situasi Airport Limo ke Majlis Ekonomi (Economic Council) pada 10 Disember 2012.
5. Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah memutuskan untuk sistem 2-tier diperkenalkan bagi membolehkan teksi bandar menurunkan dan mengambil penumpang di KLIA.
MULA BEROPERASI 15 MEI 2013

2. Pihak Operasi KLIA telah menyediakan kemudahan-kemudahan seperti lorong-lorong teksi dan penunjuk arah yang akan memudahkan penumpang.
3. Teksi Bandar akan beroperasi di Aras 1 Bangunan Terminal Utama KLIA menggunakan meter. Walaupun begitu, penumpang perlu membeli kupon RM2 sebelum menaiki teksi. Ini adalah sebagai bukti mereka manaiki teksi dengan segala butiran perjalanan perjalanan seperti nombor teksi, tarikh dan masa perjalanan jika terdapat sebarang aduan oleh penumpang.
4. Airport Teksi yang dikendalikan oleh ALM akan terus beroperasi di Aras 3 menggunakan sistem zon.
5. SPAD hanya membenarkan teksi-teksi bandar yang berkeadaan baik, luas dan selesa untuk masuk beratur mengambil penumpang di Aras 1 KLIA.
6. Jika perkhidmatan 2-tier ini berjaya, model yang sama akan diguna pakai apabila KLIA 2 mula beroperasi kelak.
SISTEM 2-TIER - FAEDAH KEPADA SEMUA

2. Pengguna KLIA mempunyai lebih pilihan untuk menggunakan samada Airport Limo dan ataupun Teksi Bandar yang menggunakan meter.
3. Penumpang tidak perlu beratur lama untuk menggunakan perkhidmatan teksi.
FAKTOR
• Ketibaan penumpang di Bangunan Terminal Utama KLIA secara purata dalam tempoh 10 tahun (2002 to 2011) = 9.3 juta penumpang setahun bersamaan lebih kurang 25,500 penumpang sehari
• Pertumbuhan jumlah penumpang dari tahun 2002 ke tahun 2011 adalah 2.4%
• Pada tahun 2017, KLIA dijangka menerima 11.4 juta penumpang
• Ini menunjukkan trend menaik, ditambah lagi dengan beberapa syarikat penerbangan utama dunia memulakan operasi mereka di KLIA seperti Turkish Airlines, Air France dan Philippines Airlines.
No comments:
Post a Comment