Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, May 28, 2013

Beza iktiqad perjuangan PAS dan PKR


 

Oleh Zainal Salleh

[ULASAN] Seorang veteran PAS yang kini ahli Majlis Syura Ulama parti itu pernah menegaskan sikap parti Islam itu apabila berhadapan pilihan raya. Katanya, semasa musim pilihan raya ahli dan penyokong PAS akan bekerja sekuatnya untuk memenangkan calon mereka.

Mereka mengiringi setiap calon yang dipilih dengan doa dan solat hajat serta munajat panjang agar perjuangan parti mereka diredhai Allah. Mereka juga berharap Allah akan menjauhi mereka darpada menjadi mangsa penipuan dan korban helah musuh.

Ahli dan penyokong PAS amat percaya bahawa kekalahan bukan selalu berlaku kerana pihaknya lemah atau kurang berusaha tetapi kerana saf perjuangan tidak tersusun rapi seperti diperintah oleh Allah S.W.T:
 
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (AsSaf ayat 4).

Paling utama lagi dalam tarbiyah ahli-ahli PAS ini mereka sering diingatkan bahawa umat Islam kerap ditimpa kekalahan kerana pihak lawan lebih bersedia dan teratur strategi tempur mereka.

Mereka sentiasa ingat pesan Rasulullah S.A.W. bahawa peperangan ialah tipu muslihat. Justeru mereka sentiasa peka bahaya jadi mangsa strategi musuh.

Lantas dalam pilihan raya, kepekaan ini sentiasa bernyala dalam pemikiran mereka bahawa musuh memang banyak tipu muslihatnya. 

Demikian ialah pendidikan yang diserapkan dalam jiwa pejuang PAS. Manifestasi keyakinan ini dapat dilihat daripada prestasi Briged Amal parti itu. Ia tidak mudah goyah dan tidak senang jadi mangsa provokasi. Barisan merahnya tersusun dan berdisiplin.

Namun setelah semua ikhtiar dibuat, PAS bersedia pula menghadapi keputusan persaingan. Bukan tidak pernah kalah, malah PAS sudah berjaya mentadbir sekurang-kurangnya empat negeri dalam perjuangannya.

“Jika kami kalah, beri masa satu dua minggu kami melepas lelah. Kemudian kami akan jemput ahli dan penyokong, dan kami tumbangkan satu dua ekor lembu dan buat kenduri untuk melancarkan gerak kerja menghadapi pilihan raya akan datang,” kata ahli majlis syura veteran ini.

Falsafah ini disimpulkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

“Kami berjiwa sukan. Sama macam kita main bola sepak. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Ini kita patut terima.

“Lagipun matlamat perjuangan PAS berbeza. Kami berjuang hendak menyampaikan Islam ialah hakikat ia dan tidak mahu menimbulkan kekacauan,’ kata beliau dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan.

Perjuangan PAS disertai iman

Lebih besar dan penting dalam mendalami jiwa perjuangan PAS ini ialah hakikat ia sering diperkemas dan diperjelas oleh presidennya, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau mengaitkan sumbu dan sumber perjuangan PAS adalah berkait rapat dengan iman ahli-ahlinya.

Kata beliau, ada banyak perkara yang tiada penyelesaian tuntas dalam kehidupan. Ada banyak kekecewaan bahawa keadilan tidak dapat dinikmati oleh setiap insan kerana dalam banyak keadaan kezaliman dan penipuan sesama manusia akan dibawa hingga ke liang lahad.

Di sinilah prasarana iman seseorang muslim berbeza dengan kepercayaan dan iman bukan Islam. Kata Haji Hadi, umat Islam percaya pada Qadha’ dan Qadar Allah dan yakin akan ada penghakiman hakiki di yaumil masyar kelak.

Sambung



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...