Rosli Ismail
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Aziz Yusof nampaknya tetap rock steady sekalipun berdepan dengan gerak gempur Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gengnya yang setakat ini sudah anjur enam perhimpunan besar untuk mempertikaikan keputusan pilihanraya umum ke 13.
Rentak beliau yang tidak menampakkan sebarang rasa gundah pada segala tomahan dan gempak puak pembangkang jelas dapat dilihat semasa progam Soal Jawab di TV3 Rabu malam.
Kalau mengambil kira pada kata-kata ' berani kerana benar dan takut kerana salah' penampilan orang nombor satu SPR itu tentu boleh bikin siapa saja yang lancang main tuduh-tuduh semberono rasa gabra.
Aziz tetap konsisten SPR telah menjalan tugasnya mengendalikan PRU ke 13 dengan sempurna dan teratur.
Ini bermaksud mulai Khamis calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Mahkamah pula perlu membuat keputusan keatas petisyen yang dikemukakan dalam tempoh 60 hari.
Jika tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah itu,pihak berkenaan boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi lagi.
Juga menarik semasa program itu Aziz tetap menggangap dakwaan pembangkang yang popular kononnya ada 40,000 Mat Bangla dibawa masuk jadi pengundi hantu adalah sesuatu yang 'mustahil'.
Beliau juga tetap menafikan adanya kejadian 'lampu padam' di pusat pengiraan undi.Ini katanya setelah beliau periksa sendiri mengenai dakwaan itu dengan pengurus pilihanraya di tempat-tempat berkenaan dan pegawai tinggi TNB.
Katanya tidak ada kejadian blackout dimana-mana tempat.
Kalau setakat nak melalak siapapun boleh melalak.Kalau nak main tuduh siapa pun boleh reka apa jua tuduhan.
Apa yang ada di depan mata sekarang mulai Khamis pentas rasmi sudah sediakan mengikut saluran undang-undang untuk mereka mengemukakan petisyen.
Kini bola sudah sampai di kaki Anwar dan gengnya.
Jangan kata SPR,semua orang tertunggu-tunggu nak tengok mereka tampil bawa bukti kepada segala tuduhan yang dilemparkan sejak malam pakatan pembangkang diumum tewas dalam PRU13.
Sila bawa 40,000 Mat Bangla atau Mat Filipina atau Mat Indon yang mereka dakwa jadi pengundi hantu tolong BN menang PRU13.
Juga bukti mana-mana tempat berlaku blackout.
Atau apa jua penipuan yang mereka rasa berlaku.Janji ada bukti.
Orang kuat Anwar,Rafizi Ramli dakwa penipuan berlaku di 27 kawasan parlimen.
Kita tunggu dan tengok apa pula drama yang mereka nak main seterusnya.
Anwar jangan fikir dia punya gertak menerusi himpunan demi himpunan boleh bikin semua orang kecut perut.
Tak payah pergi jauh.Ia akan jadi lawak of the year kalau misalnya pakatan pembangkang gagal boleh bawa kes 40,000 Mat Bangla ke mahkamah.
Ini setelah melihat cara puak pembangkang spin dakwaan itu macam nak runtuh dunia.
Senang cakap melalaklah di jalanan sampai PRU ke 14 lima tahun dari sekarang tiada siapa yang ambil peduli jika benar atau tidak benar sesuatu dakwaan itu tidak diputuskan secara rasmi menerusi perbicaraan di mahkamah.
Kita ada undang-undang,kita ada mahkamah dan kita ada saluran yang sudah ditetapkan.
Apa yang Anwar nak bising lagi.Kalau cuba nak pertikai kebebasan dan integriti makamah,bukankah mahkamah negara ini yang putuskan dia bebas kes liwat Saiful Bukhari Azlan sekalipun ramai yang tetap menaruh syak wasangka terhadapnya.
Juga kita tunggu tengok apa pula dia nak kelentong pasal 'undi popular' yang dijadikan tema dalam semua himpunannya.
Memang kartun tengok cara mereka mainkan isu ini untuk mengubat jiwa luka parah kerana tidak sanggup telan kekalahan.
Sambung
No comments:
Post a Comment