Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, April 13, 2013

Surat Yusuf Qardhawi dan masa depan Malaysia



Oleh Zainal Salleh

[ULASAN] Memang tidak wajar orang asing mencampuri politik Malaysia. Tidak kira apa jua pendirian politik mereka, biarlah dalam menentukan hala tuju negara, rakyat Malaysia sendiri mencorakkannya.

Demikian penegasan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung usaha pihak tertentu mahu menggunakan ulama besar dunia, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi menentukan siapa yang layak memimpin Malaysia.

Haji Hadi berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan pihak tertentu yang merancang menggunakan surat yang didakwa palsu bagi mengabsahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Surat palsu Syeikh Dr Yusuf Qardhawi cemar nama baik ulama

Sudah tentu Haji Hadi kurang senang kerana tindakan ini tidak beretika. Mengedar surat palsu kononnya daripada seorang tokoh yang memimpin Persatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi itu akan mencemar nama baik ulama itu.

Malah bagi Haji Hadi mesej yang cuba diedarkan pada umum itu amat bertentangan dengan pendirian politik partinya, PAS. Dalam isu siapa wajar menjadi perdana menteri seandainya gabungan pembangkang berjaya menewaskan Umno mesti ditentukan selepas keputusan penuh PRU 13 diketahui dan bukan sebelumnya.

PAS berpendirian pemimpin parti mana dalam gabungan tidak rasmi PKR, DAP dan PAS yang patut disokong menjadi perdana menteri bergantung pada keputusan parti mana di kalangan tiga itu memenangi kerusi Parlimen paling banyak.

Dalam hal ini DAP dan PKR mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengisi jawatan itu. Namun PAS keberatan untuk bersetuju. Kerana PAS kali ini akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen. Kemungkinan jumlah kerusi yang dimenangi mengatasi pungutan kerusi PKR dan DAP adalah besar.

Oleh itu tentu tidak bijaksana jika PAS bersetuju melantik Anwar menjadi perdana menteri sebelum PRU 13 tamat.

Lantas dakwaan bahawa PKR kini berusaha menyebarkan apa yang dikatakan surat Dr Yusuf Qardhawi menyokong Anwar menjadi perdana menteri tentu mengecewakan PAS.

PAS ramai calon perdana menteri


Dalam PAS ada ramai tokoh yang layak menggalas tanggungjawab perdana menteri. Jika Haji Hadi, atas apa jua sebab tidak mengisi jawatan itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu boleh dipertimbangkan menjadi perdana menteri.

Jika tidak naib-naib presiden PAS, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar tidak kurang juga kelayakannya. Selain itu, Dr Zulkifli Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta juga ada aura untuk menjadi perdana menteri.

Maka jika PAS menamakan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sekarang sudah tentu ia akan menutup segala ruang tokoh-tokoh PAS untuk memimpin negara walhal kemungkinan PAS mengepalai bilangan kerusi parlimen PKR dan DAP kali ini adalah bukan mustahil.

Strategi “tunggu dan lihat” PAS harus dihormati

Strategi “tunggu dan lihat” PAS ini harus dihormati. Maka PKR tentunya tidak wajar cuba menggunakan “pengiktirafan” Syeikh Yusuf Qardawi untuk merubah natijah kemungkinan PAS menang besar kelak.


Sambung Baca




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...