Sejak kebelakangan ini kecoh kita dengar puak pakatan haram mendakwa kononnya Barisan Nasional sudah ciplak idea manifesto mereka. Disebutnya perkara-perkara yang kononnya merupakan idea cetusan mereka seperti yang melibatkan harga kereta dan juga rumah kos sederhana. Dihujahkan kononnya dalam waktu BN mendakwa manifesto merapu Pakatan sekiranya dilaksana negara akan bankrap, tapi cilok dan apply dalam manifesto “Menepati Janji, Membawa Harapan” yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Namun begitu apa yang tidak disebutkan mereka adalah mengenai reputasi BN di bawah pentadbiran Najib yang terbukti menunaikan janji-janji yang dikemukakan kepada rakyat. Bukan seperti mereka yang tidak sudah-sudah ‘bermasturbasi dengan fantasi dan khayalan’ yang akhirnya menyaksikan mereka ‘tergagap-gagap’ mengemukakan pelbagai alasan tidak masuk akal, alasan fantasi, alasan khayalan, semata-mata untuk menghalalkan fenomena tidak menepati janji mereka itu.
Ternyata tuhan itu maha adil dan sebenar-benarnya adil..bukan seperti parti itu yang mendakwa memperjuangkan keadilan tetapi tidak berlaku adil terhadap ahlinya. Berkat ketelitian seorang teman membuat perbezaan di antara manifesto jinggay dengan manifesto BN demi mencari di mana benarnya dakwaan ciplak itu, ditampilkan hakikat sebenar betapa sememangnya sebatinya puak Pakatan ini dengan kerja-kerja mengencing rakyat.
Berikut adalah hujah yang dikemukakan oleh teman Ketam berhubung dengan putar-belit puak haram jadah ini.
Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya -> Tak pasti apa yang pakatan cuba ketengahkan, apa yang pasti pihak kerajaan lebih awal telah laksanakan inisiatif ini dengan pendekatan lebih seimbang di mana tidak membebankan pengguna OKU dan juga penyedia perkhidmatan pengangkutan awam.
Berbanding pendekatan pakatan pula lebih kepada satu arah di mana penyedia perkhidmatan terpaksa menanggung kos perkhidmatan percuma ini. Adakah ini perlaksanaan yang adil?
Jika kita lihat di bawah pemerintahan kerajaan BN, golongan OKU ini terbukti mendapat pembelaan sewajarnya serta manfaat bukan sahaja dalam pengangkutan awam, malah bantuan-bantuan lain seperti perubatan dan kewangan setiap bulan.
Tapi pakatan dalam manifesto tebalnya, hanya mampu tampil dengan satu sahaja insentif untuk OKU iaitu pengangkutan percuma! Adakah pakatan ikhlas melindungi golongan ini atau sengaja meletakkan "PERCUMA" untuk menipu golongan OKU!
Merombak pelan sistem pengangkutan awam Lembah Klang dari berlandaskan sepenuhnya kepada sistem MRT, kepada pelan bersepadu melibatkan MRT dan bas supaya jaringan dan capaian pengangkutan awam lebih baik dari sekarang. -> Pertindihan di sini, sebab kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) sudah lama melakukan transformasi sistem pengangkutan awam darat dan ini juga melibatkan MRT. Beberapa dasar sudah dibentuk bagi meningkatkan prestasi semua jenis pengangkutan awam bukan sahaja di Lembah Klang tapi di seluruh Malaysia amnya.
Selain itu, beberapa langkah sudah pun di ambil bagi meluaskan jaringan pengangkutan awam di negara ini. Jadi idea pakatan dalam hal ini memang dah lama dipraktikan oleh SPAD. Ini siapa ciplak, siapa ni?
Menilai kembali setiap kontrak yang telah dianugerahkan di dalam pakej MRT mengikut undang-undang sedia ada dan mutakhir, untuk memastikan tidak ada unsur rasuah dan mengawal kos yang bakal ditanggung rakyat. -> Cadangan ini tak boleh pakai, ia hanya sekadar nak penuhkan buku jinggay jer. Mereka nak "menilai kembali"? Ayat kononnya berlaku penyelewengan dalam projek MRT ni.
Sedangkan buat pertama kali, SPRM telah dilibatkan secara langsung dalam memantau proses pemerolehan dan menawar khidmat nasihat sepanjang proses pembinaan projek mega ini. Perjanjian Pakatan Intergriti (IP) dengan pemaju juga telah dimeterai bagi menghalang penyelewengan. Rakyat tak nampak keperluan bahagian ini dimasukkan kedalam manifesto mereka.
Pelaburan tambahan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas dan jajaran laluan bas di Lembah Klang sehingga meningkat satu kali ganda. -> Idea gila! Untuk penambahbaikan perkhidmatan dan laluan bas pada tahun pertama sahaja sudah belanja RM2 bilion! Sedangkan kerajaan melalui SPAD sudah pun melaksanakan penambahbaikan dengan lebih berhemah dan tersusun dengan peruntukan RM400 juta.
Nilai sebesar ini sahaja sudah cukup dan terbukti dapat membantu hampir 120 pengusaha bas sedia ada untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Untuk makluman tahun pertama hanya RM88 juta diperlukan untuk melakukan transformasi fasa pertama. Tapi pakatan, tahun pertama dah telan RM2 bilion duit rakyat.
Memulakan langkah ke arah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara. -> Ni memang idea tangkap muat, sebab kebetulan kerajaan BN telah melakukan perbincangan dengan Singapura mengenai pembinaan keretapi laju. Peringkat awal ia menghubungkan KL-Singapore. Laporan berita terawal mengenainya bertarikh 19 Feb.
Kebetulan pula 6 hari selepas itu 25 Feb 2013, pakatan lancarkan manifesto. Nampak sangat mereka main sumbat jer cadangan ni dalam manifesto jinggay. Nak bagi gempak mereka punya keretapi laju hubungkan antara bandar. Atas kertas bolehlah!
Demikianlah point yang dibangkitkan. Dan barang diingat, apa yang diutarakan itu baru sekadar di dalam bidang pengangkutan. Belum lagi meliputi pelbagai bidang lain yang kononnya didakwa BN menciplak idea jinggay..
Ketam memang puji sangat-sangat pakatan haram jadah ni..Diorang ni memang mengoptimumkan bakat kurniaan ilahi terhadap mereka di dalam menghiburkan hati orang ramai dengan lawak jenaka mereka.
Tak sudah-sudah..lepas satu, satu lagi jenaka ditampilkan yang membuatkan kita tidak kering gusi melayan kerenah golongan tak sedar diri ini. Rasanya sesiapa yang membaca artikel ini pasti dengan mudah dapat menterjemahkan lawak yang cuba ditampilkan puak ini sejak beberapa hari lalu dan dengan mudah boleh menyimpulkan siapa sebenarnya yang cilok idea siapa..
Modus operandinya sama sahaja dengan ketika ‘Perdana Menteri’ Anwar Ibrahim mereka membentangkan ‘Belanjawan Pakatan’ 2012 dulu..dibuatnya pembentangan beberapa hari sebelum kerajaan membentangkan agenda mereka dan sejurus agenda kerajaan dibentangkan, berdas-das peluru dilepaskan kononnya kerajaan cilok bajet jinggay yang hanya beberapa muka surat dan tak sampai sejam pembentangan. Lawak!! Lawak!!! Lawak!!!
Harapnya tak adalah rakan-rakan Ketam yang ‘terkenan’ dengan lawak pakatan haram ini ye..Tapi Ketam kesianlah dengan beberapa orang tua kutuk tak sedar diri yang berlagak pandai yang dengan pantas beria-ia buat sidang media claim BN cilok jinggay..Dan sepemerhatian Ketam mendapati individu pertama yang mendakwa sedemikian ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali..Ketam kesian dengan dia ni..tanpa usul periksa, pergi fitnah BN. Tak sedar dirinya sudah kena kencing dengan ‘pakar ekonomi’ pakatan haram jadah..
Adios!
No comments:
Post a Comment