Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, March 18, 2013

Tolong Jangan Kutuk FAM!!! :p




Siapa kata FAM tak efisien? Siapa kata FAM tak buat kerja? Siapa kata FAM tidur? Korang gila ke apa? FAM buat kerja sungguh-sungguh tau! Pegawai-pegawai dia semua bekerja dengan begitu dedikasi sekali termasuklah brader jaga kaunter pertanyaan kat Wisma FAM tu!

Tak percaya? Cis bedebah..Kalau tak proaktif, takkanlah dalam tempoh yang singkat sahaja tiga individu dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM.

Tiga individu tersebut ialah Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Ketiga-tiga mereka didapati bersalah kerana mempertikaikan keputusan serta mengkritik pengurusan FAM.

Ha..kan proaktif tu! Sekali tiga individu kena hukum tau..Eh! Sat! Sat! Cuba tenung-tenung gambar bawah ni..petikan akhbar mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek..



Da tenung? Tenung headline je pon cukup..Ok..So encik-encik FAM!!! Berani sungguh encik Menteri mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara!! Sudah tidak mahu jadi menteri sukan lagi agaknya! Encik-encik FAM apa lagi, ambik lak tindakan kat encik menteri tu! :p

Oh! Ni lagi satu bukti kejayaan FAM!!! Cubalah korang ni semua jangan malas sangat nak update… :p Tengok-tengok lah sikit ranking terkini pasukan negara woi…FAM kerja susah payah tau nak ‘meningkatkan mutu bola sepak negara’..Buktinya, pasukan kebangsaan sekarang ni berada di ‘ranking terbaiknya’ tau!! Ranking terkini pasukan negara = 164!!!

‘Hasil kerja keras’ FAM ni juga menyaksikan Malaysia berada di ranking ke-6 di kalangan negara-negara ASEAN..Ok lah tu! Lima negara di hadapan kita tu semua ‘hebat-hebat’ tau!! Vietnam, Thailand, FILIPINA, MYANMAR dan Singapura!! Kira oklah tu..

Oklah..Makin sakit ati lak Ketam menulis..Eh!! Makin ‘BANGGA’ lah! Silap pulak.. :p ..kehkehkeh…So sebelum Ketam ‘menjadi semakin bangga’, better Ketam stop dulu ek..adios!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...