Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, March 07, 2013

Baru ada 'akai'... barang makanan naik 100 peratus di Pulau Tawi -Tawi




Kalau selama ini sedap dok jual beli barangan subsidi di Malaysia, sekarang penduduk di Pulau Tawi-Tawi baru terasa kesannya.Harga makanan dan komoditi asas di Pulau Tawi -Tawi di Selatan Filipina tersebut telah meningkat kepada hampir seratus peratus, akibat pencerobohan pengganas dari kumpulan pengikut Jamilul Kiram sejak tiga minggu lalu.

Kecewa dengan perkara tersebut, rata-rata penduduk pulau yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahad Datu Sabah itu 'angin satu badan' dengan tindakan puak pengganas itu.
Media Filipina Abs-Cbnnews melaporkan, sejak berpuluh tahun dulu penduduk Tawi-Tawi akan mendapatkan keperluan harian dari Sabah yang secara geografinya merupakan bandar yang paling hampir dengan mereka.

Bagaimanapun perairan kedua-dua negara-negara itu telah diperketatkan untuk beberapa minggu ini selepas pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu sekaligus menghalang peniaga dari mendapatkan bekalan.

Berikutan itu harga barang-barang keperluan harian melambung tinggi.

Sebagai contoh, harga petrol di Tawi-Tawi dan beberapa pulau berdekatan kini berlegar sekitar 60 sehingga 80 peso seliter. Sebelum ini, petrol di pusat tersebut berharga hanya 45 peso seliter (RM1 bersamaan 13 Peso).

Bekalan beras, yang juga diimport dari Malaysia, juga naik sehingga 900 peso seguni hari ini dari 600 peso sebelumnya.

Gula juga kini berharga 50 peso sekilo berbanding 40 peso sebelumnya.

Harga komoditi lain juga meningkat, termasuk mi segera, kopi, dan minyak masak - semua datang dari Malaysia.

"Kehidupan kami berubah," kata seorang pemastautin.

"Mereka (penceroboh) menyusahkan kami," kata seorang lagi.

Disebabkan permintaan yang berterusan, pemilik kedai berkata, mereka telah mengeluarkan stok terakhir mereka dan mungkin tidak mempunyai apa-apa lagi untuk menjual dalam minggu-minggu akan datang jika keadaan berterusan.

Alvin Kwan, jurucakap bagi Dewan Perniagaan Cina di Tawi-Tawi, berkata wilayah itu kini merasai kesan yang buruk dari pencerobohan itu.

"Kami hanya berhadap keadaan kembali normal secepat mungkin," katanya.

Perniagaan pertukaran wang asing juga telah terjejas. Di Tawi-Tawi, kedai-kedai pertukaran wang asing mungkin akan gulung tikar.

Ringgit Malaysia dianggap sebagai mata wang utama dalam perdagangan di sana.


Baca selebihnya di portal berita Agenda Daily




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...