Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, March 27, 2013

Lee Hsien Loong Ketua Negara Bergaji Paling Tinggi di Dunia






Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengekalkan kedudukannya sebagai ketua negara dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Menurut data yang dikeluarkan Yahoo Singapura, Lee yang menjadi perdana menteri sejak 2004 memperoleh gaji sebanyak S$2.2 juta (RM5.48 juta) setahun. Jumlah itu sudah termasuk pengurangan sebanyak 36 peratus yang dilakukan tahun lalu.

Pemimpin Singapura memang diketahui berpendapatan tinggi dengan alasan untuk mengelak rasuah dan menarik minat mereka yang berbakat supaya menyertai politik.

Tempat kedua ialah Ketua Esekutif Hong Kong, Leung Chun Ying yang berpendapatan S$642,173 setahun (RM1.6 juta).

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada di tempat ketiga dengan purata pendapatan S$500,720 (RM1.2 juta). Pemimpin Ireland, Michael Higgins menduduki tempat keempat. Kenya tidak ketinggalan dalam membayar gaji yang tinggi kepada ketua negaranya.

Presiden Uhuru Kenyatta yang terpilih menjadi memimpin negara itu dalam pilihan raya minggu lalu akan menerima gaji sebanyak S$390.561 (RM 973,219) setahun, menjadikannya ketua kerajaan kelima berpendapatan paling tinggi.

Beliau diikuti oleh Perdana Menteri Kanada Stephen dan Presiden Perancis, Francois Hollande yang berpendapatan S$291,680 (RM726,822).

Jika dilihat kepada pendapatan mereka, gaji bulanan Presiden Perancis itu tidak cukup untuk membeli kereta di Singapura sementara gaji bulanan Perdana Menteri Kanada hanya cukup membayar wang pendahuluan sebuah apartmen lima bilik di Singapura. - Agensi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...