Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memadamkan' keputusan bertulis Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 yang memutuskan Ketua Pembangkang itu terlibat dengan amalan homoseks terus menimbulkan tanda tanya kepada rakyat.
Malah Dr Chandra Muzaffar yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam PKR tidak menolak keengganan itulah yang menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi parti itu memutuskan untuk meninggalkan perjuangan PKR.
Chandra berkata, selepas diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 bahawa Anwar tidak bersalah tetapi terlibat dengan aktiviti songsang itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sepatutnya mengarahkan peguamnya untuk mengubah keputusan penghakiman itu agar rakyat yakin bahawa beliau benar-benar tidak terlibat dengan perlakuan tidak bermoral itu.
Menurutnya, akibat keengganannya berbuat demikian Anwar terpaksa berputih mata menyaksikan orang kanannya, Senator Ezam Mohd Noor angkat kaki dan meninggalkan PKR setelah bertahun-tahun meringkuk dalam penjara.
"Kalau dia nak memadamkan (pendapat hakim) boleh dilakukan, itu adalah hak dia tetapi dia tidak melakukannya. Ini menimbulkan persoalan (kepada rakyat) mengapa dia tak lakukan. Mungkin beliau tidak berani atau beliau tahu bahawa itu benar mengenai pendapat hakim.
"Pendapat daripada beberapa pihak, kita harus mengambil kira. Kita tak boleh (abaikan) termasuk Senator Ezam, mungkin dia tahu apa yang berlaku. Ezam antara individu yang rapat dengan Anwar," katanya.
Baru-baru ini Ezam ketika sesi temubual secara eksklusif dengan Antarapos memberitahu sangsinya pada Anwar semakin menebal setelah bekas majikannya itu enggan mencabar keputusan dua daripada tiga hakim yang secara jelas menyatakannya terlibat dengan aktiviti songsang itu walaupun beliau didapati tidak bersalah.
Baca selebihnya di sini
No comments:
Post a Comment