10 hari sudah kita melangkah masuk ke tahun 2013. Pastinya pelbagai kenangan pahit dan manis sepanjang 2012 telah dilalui yang samada akan kekal terpalit dalam memori ataupun cuba dilupakan. Apapun barang yang lepas biarkan berlalu sementelah cabaran yang perlu diharungi 2013 ini mungkin lebih berliku.
Bicara soal 2013, perlu diakui bahawa perkara yang paling menarik perhatian hampir keseluruhan rakyat di negara ini pastinya perihal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ‘ibu segala pilihanraya’ seperti yang sering dimomokkan oleh politikus-politikus tidak kira dari kem mana baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (Pakatan).
2013 Tahun ‘Ibu Segala Pilihanraya’ – Cerita Luar Kotak 1
Bahang kehadirannya telah dirasakan sejak beberapa tahun lalu di mana ‘kepanasan’nya semakin terasa tahun sudah yang menyaksikan ramai ‘ahli nujum’ terpaksa pencen awal (secara sinisnya) kerana telah membuat ramalan yang tidak tepat berhubung tarikh akan berlakunya PRU13 itu.
Dan lewat beberapa tahun ini juga rakyat negara ini dihidangkan dengan begitu banyak ‘filem-filem box office’, ‘drama bersiri’, ‘sitkom komedi’, opera Cina dan seumpamanya hasil buah tangan pengarah-pengarah dari produksi Umno, PKR, PAS, DAP, MCA dan seangkatan yang mana ada beberapa hasil dari karya itu boleh dibanggakan, selebihnya (majoritinya) sekadar ‘promosi’ nya saja gempak, produknya klise ataupun setaraf persembahan murid-murid sekolah pada malam kebudayaan di hari akhir kursus motivasi.
Tirai 2012 dilabuhkan dengan filem ‘komedi’ arahan sutradara Lim Guan Eng mendahului carta box office. Elemen-elemen ‘skrip yang mantap’ di samping ‘watak-watak pendukung’ berwibawa menyaksikan filem yang diberi nama ‘Amanat Guan Eng’ itu masih lagi menjadi buah mulut masyarakat ketika ini.
Filem nukilan, arahan, suntingan, terbitan, nyanyian lagu tema, edaran dan lakonan pengarah versatil yang tidak asing lagi iaitu Guan Eng sendiri sebagai teraju utama itu mengisahkan tentang kesungguhan seorang lelaki untuk menonjol di kalangan sekutu perniagaannya setelah sebelum itu berjaya mengusai majoriti pegangan saham syarikatnya sendiri yang diwariskan ‘arwah bapanya yang masih hidup’.
Nakal
Kisah lucu bermula apabila beliau selaku CEO syarikat di dalam ‘khutbah’ khasnya sempena Hari Natal telah menyatakan ketidakwajaran sekatan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim di negara ini sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu untuk ‘pasaran’ di semenanjung.
Untuk itu, beliau ‘dengan funny’nya telah menyarankan BN supaya mengkaji semula perkara tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan pada kitab suci Agama Kristian itu.
"Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.
"Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia," beliau dipetik sebagai berkata.
Sama Nakal - PAS
Susulan itu, ‘rakan niaga’nya Hadi Awang yang menguruskan PAS turut tidak mahu ketinggalan di dalam memberi ‘buah tangan’ sempena Hari Natal walaupun agak terlewat sedikit dengan menyokong hujah Guan Eng itu sementara seorang lagi rakan mereka, Anwar Ibrahim ‘endah tak endah memberi hadiah’..agenda apa difikirnya Nuar..
Keadaan semakin hangat apabila Guan Eng bersama-sama stafnya mengesyaki Hadi & Co seperti mempunyai perancangan tersendiri di dalam menguasai Pakatan dan perihal yang sama juga dirasai Hadi terhadap DAP ‘Lim Dynasty’. Pelbagai telatah lucu dapat disaksikan di antara mereka ini akibat saling tidak mempercayai antara satu sama lain.
Pada yang masih belum menonton, anda dinasihatkan segera ke panggung berhampiran kerana ianya dijamin berbaloi untuk meredakan ketegangan dari tempat kerja dan seumpamanya.
2013 Tahun ‘Ibu Segala Pilihanraya’ – Cerita Luar Kotak 2
Belum pun habis ‘Amanat Guan Eng’ ditayangkan di pawagam, filem ‘prekuel’nya ‘Amanat Hadi’ telah pun memecah panggung menjelangnya 2013. Menyaksikan PAS sebagai produksi yang bertanggungjawab membikinnya, filem bergenre ‘aksi – komedi’ ini membariskan pelakon meningkat naik Hadi Awang sebagai teraju utamanya dengan dibantu oleh Harun Din, Harun Taib dan pelakon pembantu lelaki paling popular 1978, Mahfuz Omar.
Amanat Hangat – Barisan Mantap
Turut menyaksikan penampilan khas Pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Academy, Anwar Ibrahim, pengarah opera Cina versatil yang tidak asing lagi, Guan Eng dan ‘pelakon kacak’ yang digelar ‘Hero Malaya, Mat Sabu aka Abang Mat. Kelibat mereka sebagai ‘Charlie’s Angels’ dapat anda lihat pada setiap babak sidang media dalam filem ini.
Pengkritik menjangkakan filem arahan Hadi Awang ini akan terus menerima sambutan hangat justeru ‘pemilik-pemilik panggung wayang’ dikatakan akan terus menayangkannya sekurang-kurangnya sehingga Mac ini, sesuatu yang pasti ‘menggembirakan’ Hadi dan PAS khususnya.
Situasi tersebut sedikit tidak menyenangkan RTM di mana ‘stesen tv kerajaan itu dikatakan begitu teruja’ untuk menjadi yang pertama menyiarkannya di kaca tv. Hadi sendiri juga sebelum ini dikatakan ‘hanya memperuntukkan sejam sahaja kepada RTM’ babak dari filem arahan dan lakonannya itu, justeru mengesahkan ‘kekecewaan’ RTM.

Untuk filem ini, penulis tak dapat nak kasi bintang sebab sekarang musim hujan..bintang, bulan, roket bagai tak dapat nak timbul-timbul..Hehehe..
No comments:
Post a Comment