First posting untuk blog ni adalah tribute untuk arwah ayahanda tercinta, Hamzah bin Rahmad......
Ini cerita beberapa tahun dulu..Zaman study bagai nak rak (nak rak ke? :p) nak habiskan degree di UITM Shah Alam..9 Januari tarikhnya..
Tak tau kenapa hari tu aku tak boleh tidur. Susah mata ni nak lelap..golek kiri, golek kanan..still tak boleh tidur. Kipas dah habis laju da..Takpe, aku bukak laptop..Main game kejap - Need for Speed - ..argh..bosan! Aku online..Usha website apa aku tak ingat. Dalam hati ni tak aman, tapi tak tau kenapa. Persetankan..Concentrate kat laptop..
Subuh..aku mandi. Pagi aku ada kelas, tapi tak ingat kelas apa..Feature Writing kot? Tak sure..Tapi yang aku ingat hari tu Pak Lah (PM time tu) dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi waktu tu, Datuk Idris Harun (merangkap ahli Parlimen aku) ada event dengan calon-calon MPP yang nak bertanding. Aku terlibat sebagai jentera Saiyed Ismail (sekarang reporter sport tip top tv3). Tengah siap-siap, telefon bunyi..Tengok nama Bang Dek (Abang aku)..Mula rasa tak sedap hati. Persetankan rasa tak sedap hati, aku jawab..Ok..Mula chapter baru hidup aku. "Abah nazak", Bang Dek inform aku..Lepas cakap sikit lebih kurang, Bang Dek letak telefon..aku tak tau apa perasaan aku. Nak menangis, tak..pura-pura cool kot time tu. Aku pakai baju, capai kunci nyamuk (scooter abah beli cash tau!) konon nak balik kampung terus. Da siap, aku blur jap..lost..Tak tau apa nak buat. Nasib baik kejap..Pastu aku pon gerak balik kampung dengan perasaan masih pura-pura cool..
Pendekkan cerita, dari saat aku dapat berita tu, sampai aku ada kat kampung, sampai aku balik Shah Alam, aku masih pura-pura cool. Beberapa hari kat Shah Alam, barulah aku da tak berapa nak cool sangat..Time tak cool tulah aku tulis benda kat bawah ni..Baru terasa kehilangan..huhu..
the most precious thing in my life, i've lost it...
i love him so much...
if i could turn back time...
i want to spend my time with him...
i want to share my problem with him...
i want to laugh with him...
crying besides him...
i'm too dumb...
i used to not to listen to him...
i used to go against him...
man...
how dumb i was...
now when i realize it, it's too late...
nothing i could do that can redeem all my sins towards him...
i miss him...
seriously i miss him so much...
i want him to be by my side...
he used to be my idol...
my hero...
but never i appreciate him...
fool...
i want him...
but what can i do...?
it's too late...
abah, sorry for not listening to your words...
sorry for quarelling with u...
mish u abah...
al-fatihah
*sila abaikan kesalahan grammar di situ..huhu*
Hari ni, 9 Januari 2013..Beberapa tahun ni abah still idola aku..still role model aku..Apa pun aku nak buat, abah jadi reference aku. Falsafah, semangat, prihatin, apa-apa pun aku tiru abah. So ketiadaan dia tak terasa sangat. Pasal aku dapat rasa dia dekat dengan aku. Dia ada dalam aku. Dia sumber kekuatan aku di samping mama and abang-abang 'with' kakak-kakak ipar aku..hehe..Apa pun, I love u abah *time orang tua tu ada seganlak nak cakap gini* huhu..untuk abah, AL FATIHAH..
No comments:
Post a Comment