Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, October 19, 2013

Para Perwakilan Sekalian, Jangan Salah Pilih!!!



Hari yang dinantikan telah tiba..detik Pemilihan Umno 2013 bagi memilih barisan kepimpinan parti keramat orang Melayu itu di dalam persiapan memperkuatkan kedudukannya menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.

Minggu sudah telah berlangsungnya pemilihan untuk sayap Pemuda dan Wanita parti itu yang menyaksikan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Jalil unggul mengekalkan jawatan yang disandang.

Adat pertandingan, pasti bunyi-bunyi mempersoalkan keputusan akan kedengaran..Begitu juga perihalnya dengan pertandingan minggu sudah itu..


Lantas, suka untuk Ketam tegaskan di sini supaya para perwakilan yang mengundi hari ini agar jangan tersilap di dalam membuat pilihan..Pastikan calon yang benar-benar berkredibiliti dan layak sahaja yang diangkat menyertai barisan kepimpinan parti anda.

Ingatlah, tanggungjawab anda itu besar dan sekiranya tersilap langkah, yang menerima kesannya adalah bangsa anda sendiri.

Dan merujuk kepada objektif menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang lebih inklusif dan demokratik, maka suka untuk Ketam menyeru para perwakilan supaya memberi ruang kepada 'wanita besi', 'mawar berduri', Datuk Seri Azalina Othman untuk dikekalkan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT).

Pengalamannya yang begitu luas walaupun usia yang masih muda, maka adalah satu kerugian besar buat Umno sekiranya tokoh ini dipinggirkan.


"Apabila saya berada dalam MT saya boleh bersuara dan dapat melontarkan pandangan untuk dikongsi bersama dan ramai tokoh wanita dijangka mendapat tempat dalam MT" - Datuk Seri Azalina Othman, calon MT Umno 2013





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...