22 Ogos lalu satu pengumuman mengenai had usia teksi yang dibenarkan untuk beroperasi di setiap lapangan terbang di seluruh negara telah dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Menerusi surat pekeliling Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Bil. 7 2013, dimaklumkan bahawa hanya teksi yang tidak melebihi usia 10 tahun dari tarikh dikilangkan sahaja yang akan dibenarkan untuk mengangkut penumpang di lapangan terbang.
Untuk rekod, syarat had usia bagi kenderaan perkhidmatan awam ini tidak pernah dilaksanakan di Malaysia sebelum ini.
Pastinya ini satu langkah yang sangat dialu-alukan dan menjadi satu lagi manifestasi kesungguhan SPAD di dalam usahanya mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara dan secara tidak langsung melonjakkan lagi imej Malaysia di mata dunia.
Harapnya peraturan baru ini akan dapat diturut sebaik mungkin dengan tidak ada lagi yang masih berdegil ingin menunjukkan keras kepala. Tempoh yang lama telah diberikan sebelum ia dikuatkuasa justeru tidak seharusnya nanti ada yang merungut kerajaan tidak berperikemanusiaan dan sebagainya.
Adios!!
No comments:
Post a Comment