Entah di mana silapnya, susuk bernama Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu diwar-warkan sebagai seorang yang matang berpolitik kini boleh dikatakan semakin kehilangan kewibawaan dan kredibilitinya.
Hakikat ini ibarat diakui oleh orang-orang kanan beliau sendiri seperti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi SAMM, CheguBard yang dilihat agak lantang mengkritik Anwar sebagai Ketua Umum PKR sejak kebelakangan ini.
Anwar yang selama ini ibarat 'untouchable' dan diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan 'ANUgerah Tuhan' oleh Presiden PKR yang 'KEBETULAN' merupakan isteri beliau sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, dan juga Naib Presiden PKR yang sekali lagi 'KEBETULAN' adalah anak beliau, kini dilihat sudah semakin tidak relevan dan terlampau teruja untuk mendapatkan kuasa yang diketahui umum merupakan agenda peribadinya.
Justeru, posting Ketam kali ini adalah berkisarkan kepada satu contoh yang memperlihatkan betapa Brader Anwar Bin Ibrahim ini kini sudah semakin tidak relevan selain diselitkan persoalan-persoalan yang menarik untuk diulas Anwar sendiri iaitu perihal Pilihan Raya Kecil pertama selepas PRU13, iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dijangkakan bakal berlangsung pada bulan Ramadhan.

Untuk rekod, pada penggal ke-12 yang lalu PRK yang pertama diadakan selepas pilihanraya adalah untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang menyaksikan PAS berjaya merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional.
Ego Mengatasi Segala-galanya

Mengukuhkan lagi tanggapan tersebut adalah apabila beliau memberikan respon berbaur ego apabila dikemukakan soal sensitivitinya kepada keluarga Allahyarham. Rujuk sini
Selain itu, portal rasmi PKR, Keadilan Daily pula melaporkan kenyataan Anwar yang melihat PRK itu sebagai peluang baik untuk Pakatan Rakyat. Rujuk sini
Gentingnya PRK Ini

Secara keseluruhannya BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memperoleh 17 daripada keseluruhan 32 kerusi DUN yang terdapat di Terengganu. PAS pula memiliki 14 kerusi dan PKR satu menerusi Pengerusi negerinya, Azan Ismail.
Manipulasi dan Anwar - Klise
Melihatkan kepada fakta yang Ketam nyatakan tersebut dan persoalan-persoalan yang bakal dibangkitkan sebentar nanti, rasanya tak salah kalau dikatakan Anwar sebenarnya sedang cuba menggunakan kepakarannya di dalam memanipulasi (putar-belit) keadaan untuk memberikan gambaran yang boleh memberikan imej positif kepadanya.

PAS 'Sailang' PKR Demi 'Selamatkan Pakatan'
Satu lagi realiti perit yang perlu ditelan Anwar dan pengikut PKR adalah PAS sendiri menolak kehadiran PKR di negeri itu. Ibarat karma, bagaimana kita lihat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dianggap sebagai pengacau oleh PKR, begitu juga PAS sebenarnya melihat PKR di Terengganu. Tidak ubah seperti langau yang menyakitkan hati saat kedengaran bunyinya.
Buktinya, lihat saja bagaimana PAS dengan slumbernya sailang PKR di tiga kerusi DUN Terengganu..Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir. Alasan berlaku sailang itu juga jangan kita lupa..Antaranya, usha sini
Menuntut Penjelasan Anwar
Umum mengetahui Anwar, mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipenjarakan ini terkenal dengan sifatnya yang pendendam. Justeru, berdasarkan pengalaman partinya 'dicabul' oleh PAS pada PRU lalu, maka daripada menjaja cerita khayalan dan manipulasi itu lebih baik Anwar berpijak di bumi yang nyata dan declare terang-terang pendirian PKR terhadap persoalan-persoalan yang bakal diutarakan.
Tak payah nak putar alam kata BN dan Umno dalam kedudukan tertekan. Ini kerana realitinya daerah Besut sememangnya merupakan salah satu kubu kuat BN. Rekod PRU 13 juga kita boleh saksikan betapa kemenangan yang dicatatkan BN itu agak besar majoritinya.
Berikut adalah persoalan yang Ketam bangkitkan:
1. Apakah PRK Kuala Besut ini bakal menyaksikan PAS bersendirian di dalam berhadapan dengan BN sebagai 'balasan' terhadap tindakan parti Islam itu 'menyelamatkan Pakatan'?
2. Mungkinkah PKR akan meminta agar calonnya diketengahkan pada pilihanraya itu nanti sebagai ganti tiga kerusinya yang 'dirampas' PRU lalu?
3. Sekiranya tidak, mungkinkah akan berlakunya pertembungan sesama sendiri di antara PAS dan PKR pada pilihanraya itu nanti?

5. Mungkinkah akan wujud unsur sabotaj dari Pakatan (PKR + DAP) sendiri kerana 'paranoid' dengan keadaan 'kerajaan campuran'?
Banyak lagi persoalan sebenarnya, tapi simpan sikitlah untuk posting lain kali ek. Kira ni macam mukaddimah story PRK lah. Hehe..
Apapun, instinct Ketam kuat merasakan bahawa pilihanraya ini nanti bakal menyaksikan pertembungan BN vs PAS semata. Maksudnya, Ketam sangat-sangat percaya PAS bakal bersendirian dalam berhadapan pilihanraya ini di mana kalau menang nanti, PAS sekali lagi akan dikambing hitamkan bila mana puak-puak DAP dan PKR akan claim kemenangan adalah atas dasar kerjasama Pakatan. Kalau kalah, good luck lah PAS menjawab sendiri.

*Ayuh sedekahkan fatihah kepada Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar dan semua pemimpin-pemimpin serta sanak saudara kita yang telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu dari kita..Al-Fatihah
**Juga sama-samalah kita doakan semoga kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Zizan semakin pulih..juga kepada seluruh pemimpin-pemimpin lain agar dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat berkhidmat sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment