Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, June 06, 2013

Memahami Bidang Kuasa SPAD Sebagai Salah Satu Badan Berkanun Negara




Ketam percaya, ramai sebenarnya yang tidak tahu ataupun keliru akan bidang kuasa dan fungsi sebenar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kewujudan suruhanjaya ini mungkin rata-rata di kalangan masyarakat menyedarinya. Dan yang sering dibangkitkan mengenai SPAD ialah berkenaan peranan dan fungsinya yang mana seperti Ketam nyatakan awal tadi, sebenarnya dibangkitkan oleh pihak yang keliru tentang perkara tersebut.

Justeru, posting kali ini menyenaraikan bidang kuasa dan fungsi SPAD dalam merancang, menyelia dan menguatkuasa semua hal-hal berkaitan pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia
   

Pertama: Kuasa Merancang

Melakar pelan induk yang komprehensif, bersepadu dan mapan bagi pembangunan infrastruktur.

Kedua: Kuasa Mengawal Selia

Memantau mengawal selia tahap dan perkhidmatan yang diberikan oleh operator melalui perlesenan.

Ketiga: Penguatkuasa

Kuasa bagi menguatkuasa adalah dalam lingkungan audit, siasatan, pembatalan/penggantungan lesen, menyita kenderaan dan penalti kepada pengendali.


Adios!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...