Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, May 03, 2013

Tengku Adnan Kata Usaha Bawa Pulang Pengundi Proses 'Normal'





Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan semasa pilihan raya adalah normal bagi pertubuhan dan parti-parti politik menggalakkan pengundi untuk datang ke pusat-pusat mengundi.

Malah beliau berkata Pakatan Rakyat telah menempah bas-bas bagi membawa pulang pengundi dari Singapura, manakala Bersih, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan pakatan rakyat, membayar tambang penerbangan bagi rakyat Malaysia untuk pulang dari Shanghai dan Hong Kong.

"Pakatan Rakyat secara sinis cuba menimbulkan keraguan mengenai keadilan sistem pilihan raya bagi melemahkan demokrasi Malaysia. Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya.

"Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tengku Adnan berkata penerbangan yang menjadi persoalan itu dianjurkan dan dibayar oleh "rakan-rakan BN" bagi membawa pulang pengundi berdaftar ke daerah-daerah mereka agar mereka dapat mengundi dalam pilihan raya.

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang-penumpang itu hanya pengundi-pengundi berdaftar Malaysia," katanya.

Terdahulu pada Khamis, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) bertanggungjawab menempah penerbangan khas untuk membawa masuk jumlah pengundi hantu yang ramai daripada Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Beliau mendakwa mereka akan dibawa ke pelbagai kawasan sekitar semenanjung untuk membolehkan calon Barisan Nasional menang di kawasan tertentu.



- mStar Online





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...