Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, May 20, 2013

Siapa Dalang Jatuhkan Nik Aziz?



Awal bulan April 2013 yang lepas, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali telah mengesahkan Muryidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan kekal sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya PAS terus menguasai negeri itu selepas PRU-13.

Kenyataan itu nyata disambut baik oleh ramai penyokong PAS Kelantan termasuklah menerima respons baik dari kebanyakan pengundi luar yang bermastautin di negeri-negeri. Ia juga melegakan sesetengah pemimpin PAS yang menyedari tanpa Nik Aziz bermakna Kelantan akan kembali di tawan BN.

Beberapa hari sebelum hari pengundian PRU-13 Nik Aziz kemudiannya membuat pengumuman penting perihal calon pengganti dirinya sudah ditemui tanpa menyebut bila tarikh peralihan akan berlaku.

Ramai penyokong PAS yang tersentak tapi masih yakin selepas PRU-13 itu, MB Kelantan masih lagi adalah Nik Aziz. Keyakinan mereka itu ada asasnya kerana Mursyidul Am PAS itu pernah menegaskan keinginan untuk kekal bergayut pada jawatan MB selagi mana dikehendaki oleh ahli PAS.

Tambah meyakinkan mereka lagi bila mana Nik Aziz terus bertanding dalam PRU-13 menandakan beliau akan kekal sebagai MB dan hanya benar-benar melepaskan jawatan tersebut dua atau tiga tahun kemudiannya.

Ternyata, andaian mereka tersasar apabila selepas keputusan PRU-13 yang dikatakan dicemari dengan penipuan dan ketidaktelusan itu diumumkan, esok harinya tiba-tiba sahaja rakyat Kelantan dikejutkan dengan berita Datuk Ahmad Yakob (Mat Yakob) mengangkat sumpah sebagai MB baru.

Tak sempat Nik Aziz mengumumkan nama siapa penggantinya, alih-alih terpancul Mat Yakob sebagai MB dan Nik Amar pula tersengih gembira sebagai Timbalan MB. Nama Husam Musa pula terus tercicir dari menjadi EXCO akibatnya mengundang keributan tak berkesudahan.

Perkara yang mahu mereka elakkan sudah pun berlaku, ia tidak mungkin diundur kembali. Tinggal lagi sekarang untuk mengetahui siapakah dalangnya yang sebegitu licik menyebabkan Nik Aziz jatuh dari singgah sana kuasa sebagai MB tanpa disangka-sangka oleh sesiapa.

Tuduhan pihak tertentu kononnya ia berpunca dari arahan istana disebabkan campur tangan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sukar diterima ramai, tapi jika wujud tangan-tangan ghaib dalam PAS yang memujuk istana untuk bertindak bagi pihak mereka ada asasnya.

Lagi pun hampir kebanyakan penyokong PAS baik di Kelantan mahu pun pengndi luar pro PAS tahu ia ada kena mengena dengan permainan politik dalaman PAS yang sudah lama menanti masa yang sesuai untuk memastikan jawatan MB milik puak mereka.

Paling dikesalkan oleh penyokong PAS apabila Nik Aziz dijatuhkan tanpa memberi peluang untuk beliau menyebut siapa nama penggantinya secara terbuka, segala-gala yang berlaku seperti sudah dirancang rapi sejak sebelum PRU-13.

Ramai pengundi luar yang sebelumnya bersemarak semangatnya pulang ke Kelantan bagi memastikan Kelantan kekal diperintah PAS dan Nik Aziz kekal sebagai MB rasa seperti diperdaya dan dipermainkan.

Sekarang mereka sudah tahu siapa dalang sebenarnya, siapa lagi kalau bukan Mat Yakob dan Timbalannya. Jika tahu begini akhirnya, tentu saja mereka mengundi BN dan lebih rela melihat Dato' Seri Mustapa Mohamad menjadi MB daripada berMBkan Mat Yakob.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...