Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 16, 2013

PRU13 Punya Pasal, Isteri Merajuk..Herman Tino Masih Cuba Memujuk




Penyanyi popular era 80-an, Herman Tino spontan tergelak besar apabila diusik dengan pertanyaan bagaimanakah hubungan beliau dengan isterinya, Noraini Ibnu. Hubungan mereka dikatakan agak dingin kerana Noraini yang juga merupakan Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM, tidak bersetuju apabila suaminya itu membuat keputusan mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) yang diadakan pada 5 Mei lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut pemilik nama sebenar Masrun Tamsi, 59, berkata, isterinya yang juga juruhebah di Klasik Nasional kecewa kerana beliau mahu mencabar penyandang kerusi Parlimen berkenaan iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar bagi merebut kerusi parlimen Tanjong Karang.
"Saya akui sejak menceburi dunia politik ni, agak susah sedikit untuk mengaturkan rutin harian saya. Ketika saya menyuarakan mahu serius berpolitik dan bertanding pada PRU13, isteri saya pun tercengang-cengang dan dia diam membisu",

"Saya harap dia sedarlah yang dia berkahwin dengan artis dan artis ini sudah mula meminati politik. Its no a big deal. Saya sangat menyayanginya dunia akhirat. Saya tak main-main kahwin dengan dia. Kalau pun dia tidak senyum pada saya, saya tetap menyayanginya. Saya benarkan dia merajuk dan dia pun mesti membenarkan saya memujuk", ujarnya sambil tergelak kecil.

Bagaimanapun, dalam PRU13 lalu, penghibur yang memegang tiket calon Bebas dan menggunakan lambang bunga raya ini hanya mendapat 340 undi berbanding Datuk Seri Noh Omar yang memperoleh kemenangan dengan 20,548 undi.

Dalam pada itu Herman Tino memberitahu beliau akan tetap berpolitik dan bersuara membela nasib penduduk-penduduk Tanjung Karang.

Bahkan beliau sudah bersedia berdepan segala kemungkinan misalnya andai kata beliau diboikot atau digam oleh mana-mana pihak baik radio maahupun televisyen, gara-gara kelantangannya berpolitik.

"Kalau ada pihak yang mahu memboikot atau gam saya, saya redha, saya halalkan. Kalau nanti saya ini dianggap merbahaya kepada negara, saya halalkan. Cuma saya mohon gantikan lah lagu-lagu saya dengan lagu-lagu patriotik", katanya.


- Malaysian Digest



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...