Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 23, 2013

21 Hari Tempoh Cabar Keputusan PRU13, Amacam Bang Non?



Kita tengok apa lagi drama yang bakal dipersembahkan 'Sang Raja Drama', Anwar Ibrahim lepas ni. Apakah beliau akan meneruskan lagi episod meroyan tragedi tak dapat jadi Perdana Menteri susulan pewartaan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini?

Seperti yang dapat kita saksikan, sejak berlalunya PRU13 yang berlangsung 5 Mei lalu, Anwar and the gang dilihat begitu kemaruk sekali untuk berkuasa sehingga tergamak menyeru penyokong-penyokongnya untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diberikan mandat secara sah melalui proses demokrasi oleh rakyat di negara ini. Sungguh tak tergambar di fikiran Ketam bagaimana Anwar sanggup menyuruh orang lain berkorban semata-mata untuk merealisasikan cita-cita beliau.

Dalam proses meyakinkan penyokongnya itu, macam-macam cerita penyelewengan telah dijaja beliau berhubung proses pilihanraya. Pelbagai tohmahan dan dakwaan dibuat terhadap SPR sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap proses demokrasi di negara ini.

Dijajanya sehingga ke serata dunia kononnya wujud penipuan dalam pilihan raya termasuk pengundi hantu dan masalah dengan daftar pemilih dan aduan mengenai dakwat kekal pada hari mengundi.

Nah, jika benar segala dakwaannya itu, susulan dengan pewartaan keputusan PRU13 ini yang mana dinyatakan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof iaitu mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil pengundian boleh tampil mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari dari hari pewartaan, makanya inilah masanya Anwar dan orang-orang kanannya mengemukakan laporan sekali dengan bukti berlakunya segala apa yang didakwa selama ini.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan tidak ingin menyaksikan tercetusnya huru-hara di negara Malaysia tercinta ini, Ketam berpendapat langkah terbaik yang patut diambil Anwar dan Pakatan Rakyat adalah dengan mencabar keputusan pilihanraya berlandaskan sistem perundangan, bukannya melalui proses rampasan kuasa.

Menggulingkan kerajaan melalui kekerasan seperti yang dipersetujui banyak pihak, bukanlah jalan penyelesaian terbaik sebaliknya hanya akan menghancurkan negara kita ini. Pendekatan revolusi yang dijadikan model puak Pakatan ini sudah dibuktikan kegagalannya di negara-negara Asia Barat yang terlibat dengan 'Arab Spring'.

Dan sekiranya kaedah revolusi ini menjadi pilihan Anwar untuk berkuasa, ternyatalah apa yang diwar-warkan selama ini tidak lebih dari sekadar tuduhan melulu tidak berasas yang direka-reka semata-mata ingin memuaskan jiwa dan raganya yang meluap-luap gilakan kuasa.

Walau apapun, tak kira apa juga yang dilakukan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri selain daripada melalui proses pilihanraya, Ketam beranggapan yang beliau tidak profesional, tidak matang dan tiada kewibawaan untuk diangkat sebagai pemimpin di negara ini.

Mempertikaikan keputusan PRU13 sahaja sudah membuktikan beliau sebagai seorang yang tidak berkredibiliti. Apatah lagi dengan mengubah pendiriannya untuk tidak jadi bersara susulan kegagalan Pakatan menawan Putrajaya.

Dan terakhirnya, Ketam sebenarnya sangat respek kepada Ketua Pembangkang ni. Masakan tidak, walaupun telah bermacam-macam ciri-ciri munafiknya ditonjolkan kepada kita, namun begitu beliau masih berupaya menarik sokongan orang ramai yang sanggup berkorban melanggar keluhuran undang-undang negara. Hebat betul orang tua ni..Patutlah Wan Azizah gelarkan beliau 'ANUgerah Tuhan'..hehehe...


Adios!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...