Senarai penuh muka-muka yang bakal mewakili Parti Keadilan Rakyat di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 telah diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan PKR negeri Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Dan seperti yang telah kita maklum, 'hero' anak muda yang telah sekian lamanya 'menabur bakti' di Rembau, Chegu Bard telah disisihkan daripada senarai calon di negeri itu.
Tempatnya di Rembau telah diamanahkan kepada Radzali A. Ghani yang bakal bekerja keras bagi menewaskan penyandangnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Perkembangan ini dilihat secara tidak langsung mengesahkan ura-ura yang mengatakan wujud usaha untuk menghancurkan karier politik Chegu Bard yang merupakan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.
Sementara Kamarul Bahrin pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Telok Kemang yang disandangnya, selain bertanding di kerusi DUN Ampangan.
Beliau dijangka berdepan Ketua Penerangan MIC Datuk V.S Mogan dari Barisan Nasional yang diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen itu.
Berikut adalah senarai penuh calon-calon PKR pada PRU kali ini di Negeri Sembilan:
PARLIMEN
1. P129 Kuala Pilah - Mohd Nazree Mohd Yunus
2. P131 Rembau - Radzali A. Ghani
3. P132 Telok Kemang - Datuk Kamarul Baharin Abbas
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
1. N02 Pertang - Muhammad Syamwill Mertadza
2. N06 Palong - Rebin Birham
3. N07 Jeram Padang - Kumar A/L Thuraisingam
4. N13 Sikamat - Aminuddin Harun
5. N14 Ampangan - Datuk Kamarul Baharin Abbas
6. N15 Juasseh - Rosli Omar
7. N16 Seri Menanti - Tengku Zamrah Tengku Sulaiman
8. N18 Pilah - Mohamad Nazaruddin Sabtu
9. N27 Rantau - Aisah Lamsah
10. N29 Chuah - Chai Tong Chai
11. N32 Linggi - Rosman Jonet
12. N33 Port Dickson - Ravi A/L Munusamy
13. N34 Gemas - Karip Mohd Salleh
No comments:
Post a Comment