Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, April 28, 2013

PRU13 - Cerita Hadi Awang Dengan 10 Minit dan Kebebasan Media Ala PAS




Mengelak ditemui media, Hadi cuba sorok sesuatu?
Oleh Aidil Syukri Hamzah


Sejak hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sentiasa menghindari para wartawan dengan memberi pelbagai alasan.

Pengamal media yang ingin mendapatkan kenyataan beliau seolah-olah terpaksa 'memburu' di majlis-majlis yang dihadirinya dengan harapan berjaya membawa pulang 'hasil' tetapi setakat kini tiada siapa yang berjaya.

Jika ada kenyataan terbaru daripada beliau hanyalah pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Isnin lalu tetapi pemberita dinafikan hak untuk bertanya soalan.

Selain itu pada hari sebelumnya, 'kenyataan media' penyandang kerusi Parlimen Marang ini dikeluarkan melalui satu petikan video berhubung dengan alasan mengapa PAS melanggar perjanjian dengan sekutunya, PKR tentang pertindihan kerusi.

Hadi memberi pelbagai alasan yang dianggap tidak munasabah kepada wartawan-wartawan yang mengekorinya saban hari seperti 'Tuan Guru penat', 'tak boleh beri kenyataan' dan 'Tuan Guru nak tengok dulu tentang (isu) itu'.

Terbaru, krew Antarapos yang menghadiri majlis bekas Menteri Besar Terengganu itu di Kuala Lipis kecewa apabila percubaan untuk merapati beliau tergendala apabila pengawal peribadinya menahan dengan memberikan alasan 'Tuan Guru nak cepat..nak pergi Perak pula lepas ni'.

Wartawan yang pada mulanya cuba berdiplomasi dengan meminta masa beberapa minit sahaja akhirnya terpaksa akur dengan ketegasan beliau.

"Tak boleh..tak boleh," tegas pengawal peribadi Hadi itu.

Tindakan pemimpin parti Islam ini nyata berbeza dengan rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Lim Guan Eng yang dianggap lebih mesra wartawan.

Berbeza dengan Guan Eng yang kehadiran pengawal peribadinya mungkin tidak disedari, keadaan di mana Hadi dikelilingi puluhan anggota daripada Unit Amal PAS yang bertindak seolah-olah perisai menyukarkan wartawan daripada mendekatinya.

Dan situasi ini tentu sahaja bertentangan prinsip kebebasan media yang dilaungkan kepimpinan pakatan pembangkang.

Sikap yang diserlahkan beliau ini mungkin adalah terjemahan daripada sikap sombong dan angkuh PAS apabila terbukti tidak menepati janjinya apabila meletakkan calon di kerusi-kerusi yang telah diserahkan kepada rakan komponennya, PKR.


Sumber





1 comment:

  1. Bila diberi kuasa, inilah golongan yang lebih bongkak dan sombong.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...