Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, April 19, 2013

PRU13: 7 Fokus Manifesto BN Selangor




Manifesto Barisan Nasional Selangor telahpun diumumkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, merangkap Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini di Shah Alam Convention Centre (SACC). Pada acara yang turut menyaksikan ikrar pilihanraya ‘Pasukan Transformasi Barisan Nasional Selangor’ itu, Najib telah mengumumkan tawaran-tawaran BN kepada rakyat di negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang meliputi tujuh fokus yang bakal dilaksanakan dalam tempoh lima tahun mentadbir sekiranya diberikan semula mandat.


Berikut 7 Fokus Manifesto BN Selangor:

•    Masa depan lebih cerah
•    Masyarakat lebih prihatin, lebih penyayang
•    Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera
•    Perumahan lebih mampu milik
•    Selangor lebih inovatif, lebih daya saing
•    Selangor lebih progresif
•    Selangor lebih mesra, alam lebih bersih




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...