Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, March 09, 2013

Saiful vs Daddy = ibarat "dua pencuri" - Haron Din




PAS hari ini meminta rakyat menimbang dengan teliti penafian bapa Saiful Bukhari Azlan bahawa anaknya tidak diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim lima tahun lalu, sungguhpun Saiful terus menegaskan jenayah seks itu berlaku.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyifatkan percanggahan di antara anak dan ayah itu mungkin kerana pergaduhan di dalam keluarga.

"Ada satu pepatah Arab yang bermaksud apabila dua orang pencuri mencuri satu barang, lalu dua-dua pencuri ini bergaduh, bukan kata siapa hak yang sebenarnya.
 
"Bagi maksud dua orangnya dulu bersatu, buat satu tuduhan, tiba-tiba seorang menarik balik dan seorang mengekalkan, jadi boleh nampaklah sekarang siapa yang benar dan siapa yang bohong," katanya.

Haron berkata sebarang dakwaan terbaru oleh Azlan Mohd Lazim perlu dijadikan neraca bagi mempertimbangkan dakwaan itu secara teliti.

"Jadi dengan makna lain, kalaulah, itu merupakan satu petanda bahawa apa yang dituduh terhadap Datuk Seri Anwar itu satu pembohongan dan bapanya telah meminta maaf, maka sepatutnya menjadikan sebagai satu neraca untuk menentukan barang yang berlaku itu adalah seolah-olah merupakan satu tuduhan yang palsu," katanya.

"Banyak perkara yang kita tidak ketahui melainkan hingga sudah sampai ke peringkat ini. Di peringkat awal, bapa si Saiful ini begitu beria-ria untuk mengenakan tuduhan kepada Datuk Seri Anwar (dan sekarang)... meminta maaf semula kepada beliau,” katanya kepada Antarapos selepas Majlis Forum Perdana bersempena lima tahun pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang dakwaan baru harus dibawa ke mahkamah dan bukan “diuruskan” dengan sumpah laknat.

"Sumpah laknat ialah asalnya merupakan pada isu yang tidak boleh dibawa ke mahkamah. Contohnya ialah isu orang-orang Nasrani mengatakan Allah itu ada anak.

"Tapi kes Datuk Seri Anwar ini adalah kes yang boleh ke mahkamah, jadi mengapa kita mengundang laknat Allah kalau boleh diselesaikan di mahkamah," katanya.

Menurut Haron lagi, sumpah laknat akhirnya “memakan” Azlan yang tiba-tiba mengubah pendiriannya semalam bersabit kes liwat anaknya pada tahun 2008.

"Apa pun Allah Ta'ala Maha Mengetahui, apa pun saya katakan sumpah laknat itu patut digunakan bagi isu yang tidak boleh pergi ke mahkamah," katanya.

Semalam, Azlan membuat dakwaan itu pada sidang media di sebuah apartmen di Gombak, beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau memohon maaf Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah Ketua Pembangkang itu. 


Baca selebihnya di sini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...