Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, February 23, 2013

Senarai 10 Terkaya Di US



Pengasas Microsoft, Bill Gates kekal sebagai orang paling kaya di Amerika Syarikat (AS) buat tahun ke-19 berturut-turut – nilai kekayaan meningkat sebanyak AS$7 bilion (RM21 bilion) tahun lalu.

Kekayaan beliau buat masa ini dianggarkan bernilai AS$66 bilion (RM198 bilion).

Dalam pada itu, jumlah nilai kekayaan warga AS telah meningkat 13 peratus kepada AS$1.7 trilion dengan purata milik 400 orang paling kaya di negara itu dianggarkan lebih $400 juta (RM1.2 bilion) tahun ini.

Bill Gates
Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion).

Berikut 10 orang paling kaya di AS:

Bill Gates, pengasas dan pengerusi  Microsoft (AS$66 bilion)

Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)

Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)

Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

Microsoft Logo
David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)

Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)

Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)

Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)

S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)

Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...