Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, February 28, 2013

Anwar umum Saifudin Nasution tanding kerusi Parlimen Bandar-Kulim Baharu




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar-Kulim Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang.

Kata Anwar, tindakan itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah.
“Bagi tujuan itu, PKR  akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bagaimanapun usaha Antarapos untuk mendapatkan ulasan Saifuddin berhubung perkara ini gagal.


Dipetik dari portal Mychannel13



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...