Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, January 22, 2013

Ulama tiada tempat dalam PR?



Oleh Abdul Rahman Malik

[ULASAN] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom sudahpun mengisytiharkan bahawa isu boleh atau tidak kalimah Allah digunapakai dalam Bible berbahasa Melayu sudah selesai.

Senada dengan beliau ialah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib. Beliau juga menganggap isu itu selesai apabila Dewan Syura Ulama  PAS pada pada 13 Januari lalu memutuskan bahawa perkara itu tidak boleh diizinkan dan ia harus dicegah.
Bagaimanapun, Pengerusi DAP Karpal Singh tidak setuju. Baginya isu ini belum selesai. Sebaliknya, beliau mahu Dewan Ulama PAS menimbangkan semula keputusannya.

Dalam nafas yang sama beliau juga mahu supaya pimpinan PAS Kedah jangan “membuat hal” dengan mengenakan pelbagai syarat dan sekatan berhubung penampilan artis yang mengambil bahagian dalam program sambutan Tahun Baru Cina.

Pantang larang pilihan raya PR

Bagi Karpal ini semua adalah pantang larang kerana “pilihan raya sudah terlalu dekat”. Namun beliau terlepas pandang bahawa sama seperti isu salun menggunting rambut bukan muhrim di Kota Bharu, PAS Kedah sudah awal-awal lagi akur apabila “dijerkah” DAP dan menarik balik peraturan itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula mengumumkan bahawa partinya tidak mengiktiraf keputusan Dewan Ulama PAS. Bagi PKR ia tetap berpegang pada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Mujur Datuk Harun Taib tangkas. Dengan tegas beliau menasihatkan DAP dan PKR jangan mencampuri soal dalaman PAS. Dewan Ulama PAS adalah badan tertinggi dalam parti itu. Keputusannya muktamad. Apatah lagi dalam isu ini mesyuarat syura dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Maka amat tidak wajar Karpal mahu membuat gesaan supaya Dewan Ulama menimbang semula keputusannya. Kini amat ketara sekali bahawa Karpal Singh dan Azmin Ali tidak faham budaya dan “pantang larang” dalam PAS. Mereka tidak mengerti sensitiviti Islam.

Umno melalui Jamil Khir, lebih memahami dan menghormati prinsip perjuangan PAS. Sebab itu apabila Dewan Ulama PAS menetapkan haram menggunakan kalimah Allah dalam bible, Umno menghormati pendirian itu dan menganggap isu itu selesai.

Ketetapan PAS ini dipandu oleh ulama. Bukan seperti dalam isu kafir mengkafir yang dibuat oleh pemimpin PAS atas nama individu. Sebab itu, Umno tidak kekok menerima pandangan yang muktabar sebegini.

Datuk Hasan Ali, bekas Naib Presiden PAS pula mengunjurkan bahawa jika begini sikap dan pendirian DAP dan PKR, akan amat tidak berkesan nanti sumbangan PAS untuk memelihara kepentingan Islam dan umatnya jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah Malaysia.

Ulama tiada tempat di hati PR ?

Baca selebihnya di sini





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...