Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, January 11, 2013

Beranikah Dewan Ulama PAS menyanggah Hadi Awang?



Oleh Abdul Rahman Malik

[ULASAN] Isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Malaysia pusingan kedua ini dimulakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Dalam perutusan hari Krismasnya bulan lalu, beliau menggesa kerajaan mengizinkan perkataan Allah digunakan dalam Bible di Malaysia.

Namun apabila gesaan itu mendapat reaksi marah pelbagai badan dan persatuan serta ulama Islam, Guan Eng membuat paluan berundur. Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari diarah supaya membuat pembetulan.

Kononnya, kata Zairil, Guan Eng tidak bermaksud mahu perkataan Allah digunakan dalam Bible berbahasa Malaysia di seluruh Malaysia tetapi cukup sekadar di Sabah dan Sarawak sahaja. Umum tahu penjelasan itu adalah satu penyelewengan fakta.

Namun itu bukan isunya di sini, “penjelasan” Zairil itu sudah cukup untuk disimpulkan menyatakan bahawa Guan Eng secara rasminya sudah menarik balik gesaan berhubung isu perkataan Allah dalam Bible ini.

Guan Eng sudah meninggalkan gelanggang polemik isu kalimah Allah. Namun yang menyedihkan ialah perbalahan berhubung isu wajar atau tidak dan sama ada boleh atau tidak nama Allah diguna dalam Bible ini sengaja diperhebatkan oleh seorang pemimpin beragama Islam bernama Anwar Ibrahim.

Rakyat keliru pendirian pembangkang

Sebagai pengemudi Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim berpendapat bahawa isu itu serius dan segera memanggil mesyuarat pimpinan PKR, DAP dan PAS Selasa, 8 Januari lalu untuk menetapkan pendirian pembangkang.

Urutan peristiwanya ialah Guan Eng cetuskan isu kalimah dan segera berundur. Anwar pula nampak “kebijaksanaan” Guan Eng membuat provokasi berkenaan dan sebagai seorang politikus menyambar peluang menambah sokongan daripada pengundi bukan Islam dalam pilihan raya umum ke-13.

Jika emosi rakyat bukan Islam, terutama yang beragama Kristian boleh diuja, peluang untuk meraih undi mereka terutama di Sabah dan Sarawak akan lebih besar. Anwar mahu Pakatan Rakyat menjadi wira Kristian. Jika kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible bahasa Malaysia, tentu ia dianggap kemenangan bagi rakyat Kristian di Sabah dan Sarawak.

Hasil mesyuarat Pakatan Rakyat memang sudah diduga. Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa istilah Allah boleh diguna pakai dalam Bible bahasa Malaysia.

Boleh dibayangkan betapa bergemuruh sorak sorai hati orang Kristian di Malaysia apabila PAS menyatakan bahawa mereka boleh berkongsi menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menganggap keputusan itu adalah satu ikhtiar dakwah ke atas orang Kristian di Malaysia. Namun penjelasan kedua-dua ulama itu tidak meredakan isu berkenaan.


Baca selebihnya di Antarapos




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...