Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, June 06, 2013

Susah Sangat Ke Anwar Nak Faham Bahasa?


 

Berapa kali nak cakap pon Ketam tak tahu lah. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ni kategori tak faham bahasa peringkat ke berapa agaknya?

Last sidang media dia berapa hari lepas, pom pam pom pam dok dakwa lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu dalam pilihan raya. Pom pam pom pam kata tuntutan Bersih tidak dilaksanakan. Pom pam pom pam bagai nak rak semata-mata nakkan sangat kuasa yang digila-gilakannya selama ini.

Dek kerana ketamakan dan dahagakan kuasa ini, Anwar Ibrahim ibarat tidak dapat dihalang dari melakukan apa sahaja yang diingini demi memastikan beliau dapat mencapai kegilaannya itu.

SPR di dalam menuju ke tarikh 5 Mei 2013, telah melakukan pelbagai penambahbaikan. Antaranya, rujuk sini

Mengenai apa yang dikatakannya yang SPR tidak melayani tuntutan Bersih yang 'memperjuangkan' pilihan raya yang bersih dan adil pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei lalu, posting kali ini Ketam kemukakan beberapa contoh perubahan-perubahan yang diterapkan SPR pada pilihanraya itu yang mungkin Anwar sengaja terlepas pandang.

i.    Penggunaan dakwat kekal

Dakwat kekal merupakan salah satu perkara baru yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam PRU-13 di mana setiap pengundi diwajibkan jarinya dicalit dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi.

Objektif dakwat kekal ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya percubaan oleh mana-mana pengundi untuk mengundi lebih daripada sekali dan memastikan ketelusan dan integriti pilihan raya.

Perkara ini sejajar dengan salah satu daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) yang mendakwa penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan kewujudan pengundi hantu sewaktu hari pembuangan undi.

ii. Pengundian awal

Tuntutan Bersih sebelum ini turut menggesa SPR supaya mereformasikan undi pos di mana dakwanya semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

iii. Memanjangkan tempoh kempen kepada tidak kurang daripada 10 hari

Satu lagi tuntutan BERSIH adalah supaya SPR melaksanakan masa kempen minima 21 hari. Ini kerana dakwa mereka, masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Namun begitu untuk PRU-13 ini, SPR cuma memanjangkan tempoh kempen kepada tidak kurang daripada 10 hari. Dengan adanya proses Pengundian Awal, tempoh kempen ialah sekurang-kurangnya sepuluh hari selaras dengan pindaan Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan)(No. 2) 2012 yang diwartakan pada 27 April 2012 dan berkuatkuasa pada 30 April 2012.

iv. Memberikan akses media yang bebas dan saksama kepada calon yang bertanding

Satu mekanisme pelaksanaannya telah ditetapkan, parti-parti politik yang bertanding perlu memohon kepada SPR untuk mendapatkan slot ‘air time’ di televisyen dan radio (RTM).

Setiap parti politik akan diberi tempoh masa siaran yang akan ditetapkan untuk mereka menyiarkan manifesto parti masing-masing dan siaran ini akan dibuat secara rakaman.

Perkara ini turut selari dengan salah satu tuntutan BERSIH iaitu untuk akses media yang bebas dan adil.

So? Acane tu Bang Non?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...