Sejak kebelakangan ini gejala menghina institusi beraja dilihat mula menular semula di kalangan masyarakat negara ini. Pernah kecoh sedikit masa dahulu, namun ia sekali lagi menggamit kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ada penahanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, satu tindakan yang pastinya bukan tindakan yang popular bagi kebanyakan orang. Tapi tidak dinafikan ada juga yang mengalu-alukan tindakan tersebut. Apapun Ketam percaya pihak berkuasa pastinya mempunyai asas yang kukuh di sebalik penahanan tersebut.
Juga dalam tempoh yang singkat negara telah digemparkan dengan berita kematian tiga orang tahanan polis dalam lokap. Berita mendukacitakan ini mendapat perhatian hampir seluruh warganegara yang prihatin. Dan seperti biasa, pastinya dalam insiden-insiden sebegini akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab, populis, cuba menangguk di air yang keruh demi kepentingan tertentu. Tak perlu Ketam nyatakan di sini kerana Ketam percaya pasti semua yang mengikuti perkembangannya tahu siapa yang dimaksudkan.
Dan bicara soal menghina institusi beraja, tidak keterlaluan sebenarnya jika dikatakan tindakan ini sebagai hasil didikan pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang tergamak melakukan apa sahaja demi mencapai agenda peribadi dan kumpulannya. Di dalam mengejar cita-cita mereka, puak ini sanggup menggadaikan apa sahaja hatta maruah agama dan bangsa tergamak mereka pertaruhkan.
Dewasa ini juga satu lagi perkara yang bukan baru sebenarnya, lewat beberapa tahun ini sebenarnya gejala ini sudah membelenggu masyarakat negara ini. Isu perkauman..Kita dapat saksikan dengan jelas sekali bahawa isu ini semakin menjadi-jadi dewasa ini. Dalam hal ini, nampaknya yang dilihat begitu kritikal diserang adalah kaum Melayu. Jujur Ketam katakan. Sila berlapang dada dan fikirkan dari sudut rasional kenyataan Ketam ini.
Masyarakat Melayu yang membentuk kaum majoriti di Malaysia kini berada di dalam keadaan tertekan apabila setiap yang berkaitan dengan mereka kini menjadi subjek pertikaian. Entah di mana silapnya, orang Melayu kini boleh dikatakan tersepit. Hendak mengeluarkan kenyataan menerangkan soal sebenar juga ibarat tiada ruang lagi. Bersuara sahaja orang Melayu akan dituduh rasis. Malang lagi apabila ada juga segelintir Melayu yang tidak sedar diri yang menuduh Melayu lain rasis. Mungkin kelompok ini buta hati hingga tidak terlihat betapa bangsanya kini berada dalam keadaan ditekan dengan amat hebat sekali.
Ini realiti. Biarlah Ketam dituduh rasis sekalipun tapi inilah hakikat yang berlaku di negara ini sekarang. Hal ini pernah Ketam ulas beberapa tahun dahulu. Kemudian ia reda sekejap sebelum kembali hangat sejak kebelakangan ini.
Mudah kata, kalau hari ini Ketam sebut perkataan 'Melayu' sahaja, maka siap sedialah dengan pandangan-pandangan sinis serta tuduhan yang Ketam ini rasis termasuk dari bangsa Ketam sendiri, Melayu.
Mengikuti perkembangan 'simptom' ini sejak dari 2009, boleh disimpulkan perancangan 'pihak tertentu' dalam 'mentarbiyah' rakyat Malaysia dalam soal ini, begitu teliti sekali. Kita boleh perhatikan betapa mereka menanam sifat benci terhadap mana-mana individu ataupun organisasi yang membicarakan perihal Melayu.
Ambil contoh, Perkasa misalnya. Betapa organisasi yang ditubuhkan atas dasar memelihara kepentingan kaum Melayu dan bumiputra ini berjaya dikambing hitamkan oleh puak-puak tidak bertanggungjawab ini untuk menjadi musuh sebahagian besar rakyat Malaysia.
Persoalannya, apakah hanya Melayu sahaja yang rasis? Apa bangsa lain yang ada di negara ini terpelihara dari gejala perkauman? Tidak rasiskah kaum Cina di Malaysia? Kaum India, tidak rasiskah? Melayu sahaja yang rasis? Tidak ada kah organisasi-organisasi yang menyuarakan perihal kaum Cina di Malaysia ini? Dan, pertubuhan yang berjuang atas kepentingan kaum manakah yang sedikit waktu dulu mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu kota?
Dalam hal ini tidak adil sebenarnya untuk hanya menuduh kaum Melayu sebagai rasis. Ya, mudah untuk mengatakan Ketam berat sebelah memandangkan Ketam seorang Melayu. Tapi ini isi hati seorang anak Melayu, yang dikatakan mempunyai hak-hak istimewa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Luahan anak Melayu yang dikatakan beruntung dan bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu di Malaysia.
Kalau nak kata hakikat, ini sahaja belum layak untuk dikatakan sebagai 'luahan'. Jika nak diluah, realitinya macam-macam yang boleh Ketam, seorang anak Melayu, luahkan perihal tersepitnya 'kaum istimewa' ini. Tapi dalam keadaan sekarang ini, TERSEPIT, mudah saja juga untuk Ketam dilabel 'ultra Melayu' atau 'ultra rasis'.
Tidak berniat untuk menabur minyak ke dalam api, cumanya sedikit luahan sakit di hati melihat bangsa sendiri dituduh bermacam-macam setiap hari. Sakitnya hati bertambah lagi bila ruang bersuara langsung tidak diberi. Ikut hati bukan setakat maki, tapi nasib masih boleh rasional lagi.
Amatlah rugi jika perihal kaum ini masih menjadi api dalam sekam kepada apa yang telah dicapai negara selama ini. Bukan tidak pernah kita buktikan betapa kita boleh hidup di negara ini tanpa ada prejudis sesama berlainan bangsa. Bukankah kita semua bangga jadi rakyat Malaysia. Soal kaum ini tak sepatutnya lagi dijaja.
Ini pukimak politikus punya kerja. Baik yang sini atau yang sana. Banyak lagi agenda boleh dilaksana selain mengapi-apikan masyarakat kita. Puluhan tahun sudah kita bersama, elok saja tak ada sengketa. Kerana sejarah mengajar kita betapa peritnya hidup bersengketa.
'Tergigit lidah' sikit-sikit itu biasa. Tapi tidak membawa musibah bencana. Tapi bila pukimak-pukimak berbicara, lebih-lebih lagi 'yang belah sana', amboi macam selama ni negara ini neraka. Kononnya bila mereka berkuasa Malaysia berubah jadi syurga. Pui!!! Ini bangsat punya manusia. Menghasut, menghina, apa saja untuk kuasa.
Dan kepada yang berat menuduh bangsaku rasis, tolong buka hati, buka fikiran, rasional, tengok video ni. Apakah mereka-mereka itu tidak dihina? Bukan rasis lagikah apa yang berlaku itu? Mudah saja mereka dituduh bukan warga hanya kerana warna kulit mereka. Lancau apa! Melayu jugak lagi yang masih rasis?
Itu cuma segelintir. Diulangi, segelintir. Betapa banyak lagi kejadian-kejadian yang dikatakan berlaku seperti yang banyak boleh didapati di media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Betapa ramainya warga, yang tak silap kalau dikatakan seagama dengan Ketam, yang dinafikan hak mereka untuk mengundi. Apa lancau!
Dan satu persoalan ingin Ketam bangkitkan kepada pihak berkuasa, apakah tindakan susulan yang telah diambil kepada 'sukarelawan tak dijemput' yang periksa i/c orang ramai waktu PRU13 lalu? Bukankah ada laporan polis mengenainya? Dalam video tu sekurang-kurangnya satu bukti ada laporan polis mengenainya. Apa perkembangannya? 'Melayu' ni nak tahu apakah sebarang tangkapan atau penahanan telah dilakukan?
Mana 'Lawyers for Liberty'? Tak mahu perjuangkan nasib warga yang telah dinafikan hak mereka kah? Hak banduan bukan main ditegakkan, ini hak warga yang telah dinafikan! Tak mahu ke hadapankah? Siap diberitakan ada yang kena belasah! Apa lancau!
Undang-undang jelas menyatakan siapa yang menghalang seseorang daripada melaksanakan tanggungjawabnya membuang undi boleh dikenakan hukuman. Laporan polis sudah ada. Video bersepah boleh didapati. Tiada alasan pihak berkuasa tidak boleh bertindak. Mereka yang melakukan kesalahan tidak boleh dibiar terlepas begitu sahaja. Yang tak dapat mengundi mesti dibela. Hak mereka sudah dinafikan!
Mana blogger-blogger yang kata berjuang untuk negara? Berjuang untuk agama dan juga bangsa? Mana? Yang boikot bisnes Cina, mana? Buat apa nak dengki dengan kejayaan mereka? Sudah dikurniakan tuhan kepada mereka bakat untuk berniaga, apa salahnya?
Tapi hal menafikan hak ini dah terang-terang salahnya! Apa butakah kalian tak nampak perihalnya? Silap Ketam membangkitkannya? Rujuk Akta Kesalahan Pilihan Raya, apa hukumannya tindakan mereka-mereka ini.
Ayuh desak pihak berkuasa ambil tindakan kepada mereka! Pihak berkuasa pun janganlah leka. Lihat bagaimana ditekannya anggota-anggota polis kita tatkala insiden kematian tahanan berlaku. Lalu, apa nak dibiar saja mereka yang terang-terang menafikan hak ini bebas sahaja?
Cukuplah sampai sini sahaja 'Melayu rasis' ni bercerita. Sekadar luahkan apa yang dirasa. Kalau nak ikut macam-macam lagi nak cerita. Bukan Ketam sorang saja, rasanya semua Melayu pon sama. Tapi tak apalah biar Ketam sahaja yang kena. Dituduh hina kerana bicara soal bangsanya.
Adios!!!
No comments:
Post a Comment