Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, May 28, 2013

‘Tunggu 8 Pagi dapat 4 petang’, Nasib Baik Ada Sistem Teksi 2-tier




Rasanya baru sangat Ketam ulas mengenai Sistem 2-tier perkhidmatan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ni iaitu dalam artikel sini dan sini.

Dan dalam tempoh lebih sikit seminggu sahaja sudah ada pihak yang mula mencari salah ataupun point nak condemn usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini.

Sedikit latar belakang, baru-baru ini Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah secara rasminya mengumumkan penarikan semula sementara larangan kepada pemandu teksi bandar daripada mengambil penumpang di KLIA.

Memetik laporan media, Syed Hamid menjelaskan bahawa ia merupakan satu langkah percubaan selama tiga bulan bagi melihat sejauh mana keberkesanannya dalam menangani masalah berbangkit.

Dan seperti yang dinyatakan awal tadi, baru lebih sikit seminggu sahaja dari pelaksanaannya, dah ada pihak yang mula cari salah dengan menimbulkan isu. Malah, ada sebuah akhbar ‘pojok’ yang megah dengan tagline ‘akhbar no 1’ di negara ini, baru empat hari dilaksanakan sistem ini dah condemn macam-macam. Taulah awak nombor 1, kot iya pun agak-agaklah nak condemn..baru empat hari kot.

Dah tu, nak nombor satu sangat pun berpadalah..Janganlah asyik nak guna pendekatan ‘kurang cerdik’ dalam nak jual suratkhabar awak. Bangga nombor satu tapi kalau tiada sumbangan dalam mendidik masyarakat tak guna jugak. Jual cerita rogol, rempit, sumpahan itu, sumpahan ini, tahyul mahyul, seks, semata-mata nak sangat nombor satu, lepas tu reporter-reporter kekwat, berlagak ibaratnya ‘reporter kelas atasan (nombor satu)’, apa sumbangan ke arah mengembangkan pemikiran rakyat Malaysia?

Oh..pendedahan ‘keculasan’ sistem ini kiranya sumbangan lah ek? Melalui condemn inisiatif yang dilaksanakan ke arah kebaikan, makanya layaklah sapaan ‘pojok’ itu untuk kalian.

Bab nak cari kesalahan ini sememangnya ramai di kalangan kita ini dikurniakan bakat untuk cari salah orang. Ibaratnya Ketam sekarang ni nak kemukakan salah wartawan akhbar pojok ni yang menulis artikel dia cari salah orang yang disiarkan 20 Mei lalu.

Pertamanya, Ketam berpendapat wartawan tersebut ketandusan idea untuk menulis laporannya. Oleh kerana dari pagi sampai ke petang dia tercari-cari, ternanti-nanti apakah isu ataupun masalah yang ditimbulkan kesan dari pelaksanaan sistem ini, ditambah lagi dengan tekanan di dalam mengejar tempoh deadline, pulak tu terbayang muka editor maki dia tak dapat story, maka hasilnya keluarlah story ‘Tunggu 8 Pagi dapat 4 petang; Isu teksi bandar beroperasi di KLIA’.

Untuk itu, datang point kedua Ketam..Wartawan ini kurang menitik beratkan aspek ‘homework’ dan ‘rasional’ di dalam laporan tersebut. Tapi bab rasional tu memandangkan dia akhbar pojok yang selalu menyiarkan laporan tak rasional dan credible, maka rasanya tak salahlah tanggapan Ketam ni.

‘Homework’ yang Ketam maksudkan pula ialah mungkin dia lupa atau pandang ringan untuk ambil tahu objektif ataupun punca kepada pelaksanaan inisiatif ini yang mana salah satunya adalah untuk mengatasi masalah ‘tunggu 8 pagi, dapat 4 petang’ yang dibangkitkan itu.

Secara logiknya, empat hari bang..empat hari! Come on brother!! Itu nasib baik tau dapat teksi pukul 4 sebab dah laksana sistem 2-tier ni..kalau tak mesti awak tak sempat kejar deadline punyalah wahai encik reporter.

Memandangkan encik reporter lupa nak buat homework, biar Encik Ketam tolong buatkan. Sistem yang diperkenalkan pada 15 Mei ini diwujudkan sebagai pilihan kepada para penumpang di KLIA, memandangkan peningkatan jumlah ketibaan yang meningkat setiap tahun. 

Ia juga sekaligus diharap dapat mengatasi masalah kekurangan teksi yang berlaku pada waktu puncak, yang berpunca daripada pelbagai faktor.

Pemandu teksi bandar telah dibenarkan untuk menyertai sistem ini dengan mengenakan tambang mengikut meter.  Pengurus giliran (queue manager) akan memastikan bahawa terdapat teksi yang mencukupi untuk memenuhi permintaan penumpang di KLIA.

Dan SPAD dalam satu kenyataan memberitahu yang ia ketika ini sedang  bekerjasama rapat dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk menyediakan risalah, ‘bunting’  dan juga pengumuman dari masa ke semasa kepada pengguna KLIA mengenai perkhidmatan teksi bandar bermeter ini.

SPAD juga sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti corak permintaan teksi di KLIA bagi mendapatkan gambaran berhubung waktu menunggu kepada pemandu-pemandu teksi bandar supaya mereka dapat menguruskan ataupun merancang operasi mereka dengan lebih efektif. 

Dalam memastikan satu sistem dan mekanisma yang terbaik dapat disediakan sebelum beroperasinya KLIA2 nanti, pastinya SPAD dari masa ke semasa akan menambah baik mutu perkhidmatan teksi ini. Malah, kalau encik reporter lupa, sistem 2-tier ini juga dalam proses percubaan. Tak adil kalau awal-awal lagi dah condemn yang bukan-bukan. Awak reporter praktikal ke? Kena buli ek? :p

Sementara itu antara langkah yang diambil SPAD di dalam pemantauannya ialah menguatkuasakan tindakan keras terhadap pemandu-pemandu teksi yang memilih penumpang berdasarkan destinasi mereka.

Untuk maklumat tambahan, sebelum ini pemandu teksi bandar hanya dibenarkan untuk menurunkan penumpang sahaja memandangkan sejak dari mula KLIA beroperasi pada 1997, perkhidmatan awam teksi di lapangan terbang itu hanya boleh dikendalikan oleh Airport Limo (ALM).

Namun begitu situasi semasa yang menyaksikan permintaan terhadap perkhidmatan tersebut telah meningkat ke sekitar 25,500 penumpang sehari tidak lagi dapat ditampung ALM. Kesannya, banyak rungutan telah diterima terutamanya daripada pelancong asing berhubung kelewatan mendapatkan perkhidmatan teksi sebaik sahaja tiba di Malaysia. Ini tentu sahaja memberikan imej yang tidak baik kepada negara sekiranya tidak dibendung dengan segera.

Susulan itulah SPAD tampil dengan inisiatif ini yang secara tidak langsung memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk menggunakan perkhidmatan yang dirasakan menepati selera mereka.

Adios!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...