Sejak beberapa hari ini, ura-ura mengatakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan meletakkan segala jawatannya di dalam parti begitu rancak diperkatakan. Punca yang membawa kepada perkara tersebut dikatakan adalah berpunca daripada pendirian Azmin yang tidak bersetuju dengan pelantikan semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Malah dikatakan juga beliau telah memberikan kata dua kepada pimpinan parti termasuk Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau mengugut untuk keluar dari parti, bersama 11 lagi ahli Parlimen PKR, sekiranya Khalid tetap dikekalkan.
Untuk rekod, selain menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin juga merupakan Pengerusi PKR Selangor, ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.
Desas-desus mengenai perkara itu telah mendorong sekumpulan wartawan untuk ‘terjah’ beliau di ibu pejabat PKR semalam untuk mendapatkan komen daripada Azmin sendiri. Apatah lagi pada malam sebelumnya beliau dilihat sedikit ekstrem apabila mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman menerusi laman sosial Twitter miliknya, @AzminAli . Ia seolah-olah menguatkan lagi andaian bahawa khabar angin tersebut adalah benar.
Namun Azmin apabila diajukan mengenai perkara tersebut telah memberikan jawapan kabur. Sebaliknya beliau menegaskan hanya akan mengulas mengenainya pada sidang media hari ini, jam 11. Sidang media tersebut mulanya diaturkan di Hotel De Palma, namun sekitar jam 8 malam tadi pihak media dimaklumkan yang lokasi sidang media tersebut dipindahkan ke ibu pejabat PKR.
Dan perkara ini telah mengakibatkan pihak media, termasuk blogger meneruskan spekulasi untuk sekurang-kurangnya satu hari lagi.
Kurang beberapa jam dari tempoh sidang media Azmin itu, para penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PKR pastinya ternanti-nanti apakah kesudahan polemik terbaru parti ini. Tentunya pihak yang mengikuti perkembangan politik tanahair turut tertanya-tanya apakah Azmin benar-benar serius dengan hasratnya itu.
Ketam yang mengikuti rapat isu ini berpendapat Azmin pastinya tidak akan tergamak untuk meninggalkan PKR lebih-lebih lagi melihatkan pencapaian yang telah dicapai parti itu bersama-sama Pakatan. Walaupun Ketam akui agak teruja apabila mendapat perkhabaran mengenai perkara ini, tapi setelah melihatnya dari sudut rasional Ketam berpandangan ianya adalah satu perkara yang sangat-sangat mustahil untuk berlaku.
Pada pandangan Ketam, apa yang berlaku beberapa hari ini sebenarnya adalah perancangan rapi PKR sendiri di dalam mengalihkan perhatian masyarakat terhadap beberapa isu yang menyelubungi parti itu setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Antara lain, isu ini dibangkitkan untuk menutup cerita kegagalan Anwar menakluk Putrajaya dan menepati janjinya untuk bersara susulan daripada kegagalan tersebut. Selain itu ia juga boleh dilihat sebagai petunjuk bahawa rakan komponen mereka dalam Pakatan, PAS, tidak boleh lagi berterusan membuli dan mencabar mereka apabila ingin merebut jawatan Menteri Besar.
Lihat sahaja kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Azmin sendiri yang tegas dan sedikit angkuh seolah-olah memberi amaran kepada PAS supaya menghentikan tindakan membuli PKR. Apakan tidak, contoh paling jelas tindakan buli PAS terhadap PKR adalah apabila dengan slumber meletakkan calon di kerusi-kerusi yang sememang lebih awal telah dipersetujui adalah kerusi PKR.
Dan untuk itu, Ketam menjangkakan tiada sebarang kejutan pada sidang media Azmin sebentar nanti. Pihak yang mengharap akan ada ‘Ezam Md Nor kedua’ akan kecewa dengan perkembangan tersebut nanti. Ketam tidak terkejut sekiranya sidang media nanti akan terkeluarnya kenyataan-kenyataan berbaur ‘hero’ daripada Azmin seolah-olah menunjukkan yang beliau masih setia dan akan terus berjuang di atas landasan PKR.
Untuk mengalihkan terus cerita mengenai peletakan jawatannya itu, satu isu baru akan dibangkitkannya di dalam sidang media itu nanti. Azmin sendiri sudah memberikan bunga-bunga tentang isu apakah yang ingin dibangkitkan beliau iaitu satu perkara yang berkaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan perkara yang katanya telah dibiarkan rahsia selama 15 tahun. Apakah perkara tersebut sama-sama kita lihat drama Azmin jam 11 nanti. Yang pastinya, Ketam percaya beliau tidak akan meninggalkan PKR atas sebab-sebab yang telah Ketam nyatakan tadi.
p/s – Kalau nak keluar parti, takkan dia nak main gila buat sidang media di ibu pejabat PKR pulak..hehe..Adios!!!
xsabo nak tggu update ko ketam!!! da nmpak dah gile kuasa masing2...ha amek...gado la sesama melayu... sat g bangsa laen masuk jarum...
ReplyDelete