Oleh Asyraf Ahmad
[ULASAN] Jika bukan kerana kewibawaan Datuk Seri Najib Razak, Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu mungkin tumbang dan digantikan oleh Pakatan Rakyat.
Oleh itu, tiada siapa yang lebih layak memimpin Umno dan BN bagi tempoh lima tahun akan datang selain Najib. Cumanya, kali ini selaku perdana menteri, Najib memerlukan satu strategi baru.
Kemunculan semula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen secara aktif sehingga membolehkan BN menawan semula negeri Kedah memang dihargai. Ini jauh berbeza dengan senario 2008, di mana Mahathir dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid mensabotaj jentera parti. Bagaimanapun sudah sampai masanya untuk Mahathir dan rakan-rakannya tidak lagi campur tangan dalam kepimpinan Najib.
Sementara ramai yang menentang Najib dan Mahathir, PRU-13 menyaksikan ramai lagi yang menyokong mereka. Maksudnya bukanlah 100 peratus undi menentang BN, tetapi bukan 100 peratus juga yang menyokong BN.
Najib perlu gubal dasar-dasar untuk sokongan kelas pertengahan dan golongan bandar
Bagi lima tahun akan datang dan seterusnya, persaingan adalah untuk mendapatkan sokongan kelas pertengahan dan golongan bandar.
Daripada memberi tumpuan kepada masyarakat Cina dan memberi ganjaran kepada mereka, kerajaan haruslah menggubal dasar-dasar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah rakyat kelas menengah dan penduduk bandar, tanpa mengira kaum dan bangsa.
Antara masalah utama masyarakat di bandar ialah perumahan. Rancangan membina 20,000 atau 30,000 rumah mampu milik di Selangor bagi golongan pekerja bergaji RM3,000 hingga RM5,000 tidak akan menyelesaikan masalah perumahan.
Begitu juga jaminan BN untuk membina satu juta rumah di seluruh negara juga bukan jalan penyelesaian bagi masalah penduduk bandar.
Sebaliknya, yang diperlukan ialah dasar untuk memperbaiki industri hartanah. Jangan biarkan ejen menaikkan harga rumah sesuka hati. Jangan biarkan pemaju mengaut keuntungan berlebihan.
Syarat ketat juga diperlukan bagi tidak menggalakkan orang asing dan golongan kaya membeli rumah sekitar Lembah Klang dengan tujuan spekulasi bagi menaikkan harga pada kemudian hari.
Golongan kaya sebenarnya tidak memerlukan lebih banyak wang. Sebaliknya, pemilik rumah golongan pendapatan sederhana tidak perlu membayar lebih.
Kakitangan kerajaan tidak memerlukan kenaikan gaji tetapi pekerja sektor awam memerlukan bantuan. Pada masa ini kebanyakan keluarga berpendapatan sederhana menghadapi kesukaran disebabkan kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar.
Belum ada pihak mampu selesaikan masalah-masalah bandar
Pada masa ini tidak ada kementerian atau menteri yang menyelesaikan masalah-masalah bandar secara langsung.
Tidak dapat dinafikan, memang wujud Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tetapi saban hari berita yang didengar dan baca ialah mengenai masalah penduduk di Lembah Pantai sahaja.
Tiada pihak yang benar-benar ikhlas mahu atau berminat untuk menyelesaikan masalah penduduk bandar di Johor Bahru, Shah Alam, Kuala Terengganu, malah Ipoh, Seremban dan Melaka.
Kemenangan pakatan tidak menghairankan
Justeru tidak menghairankan pada keputusan PRU-13, semua ibu negeri kecuali di Perlis tumbang di tangan Pakatan.
Jika golongan ini dapat dibantu dengan berkesan, undi kepada BN akan kembali dan meningkat.
Sambungan
No comments:
Post a Comment