Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, April 19, 2013

Manifesto PR kalut, kelam kabut, mengarut




Oleh Qurnisha Hamka

Manifesto Pakatan Rakyat Selangor yang diumumkan semalam disifatkan pemerhati politik sebagai kalut, kelam kabut dan mengarut.

Penganalisis politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Dr Ismail Sualman berkata, beliau meragui 'ikrar' Pakatan Rakyat kerana sebahagian besar tawaran yang dibuat adalah pengulangan manifesto terdahulunya pada 2008.

"Saya anggap manifesto ini kalut, kelam kabut dan mengarut. Sebab dia tidak menyatakan keadaan sebenar dan tidak pun menyatakan laporan prestasi setakat ini.

"Sekarang ini dia membuat pakej baru, kepada benda yang sama dalam 56 janji tetapi seolah-olah dia (Pakatan Rakyat) melakukan satu perulangan dan dia (Pakatan Rakyat) berikan pakej kembali (sedia ada).

Manifesto kali ini juga dilihat Pakatan Rakyat sekadar mahu meneruskan janji yang masih gagal dilaksanakan walaupun sudah hampir lima tahun memerintah Selangor.

"Maksudnya yang lama belum dapat dilaksanakan tapi yang baru datang menyusul," kata Ismail.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Shukri Shuib turut beranggapan manifesto Pakatan Rakyat mustahil ditunaikan seperti mana prestasinya sebelum ini.

Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008 dilaporkan gagal melunaskan segala janji manifestonya kepada rakyat.

"Pakatan pembangkang hari ini menjual janji, bila yang dulu tidak dilaksana. Mereka hanya memberikan satu janji-janji kosong, satu mimpi atau fantasi kepada rakyat untuk menyokong mereka.

"Jadi malanglah kepada negeri Selangor kerana dipenuhi dengan anggota-anggota wakil rakyat, badan legislatif yang sebenarnya mendapat kemenangan atas sebab sifat hipokrit dan penipuan," katanya lagi.

Sementara bagi pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeneri Amir menyeru pengundi di Selangor agar tidak menyokong mana-mana parti secara membuta tuli.

Sebaliknya mereka perlu melihat kepada 'track record' sesebuah parti politik dalam membela nasib rakyat.

"Kita perlu lihat apakah track record mereka sebelum itu, jadi kalau kurang daripada 50 peratus yang dilaksanakan bermakna mereka gagal," katanya.

"Kerana pengundi di Selangor kita harus tahu merupakan pengundi yang kelas menengah, mereka orang yang ada pelajaran dan begitu terdedah dengan segala macam maklumat, mereka tahu apa mereka nak," ujarnya.


Sambung baca










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...