Manifesto Pakatan Rakyat untuk Selangor dibentangkan dengan maklumat mencurigakan mengenai pencapaian kerajaan negeri di samping menawar janji baru, tanpa menyentuh janji-janji yang dimungkiri sebelum ini.
Pada masa sama, pembangkang cuba mengheret Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kempennya dengan meletakkan foto baginda dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam buku manifesto berkenaan.
Setelah dibidas pelbagai pihak kerana menyatakan bahawa manifesto bukan sebuah janji kepada rakyat, pembangkang kali ini mengelak menggunakan perkataan itu dalam manifestonya.
Sebaliknya, Pakatan Rakyat hanya “berikrar” untuk melaksanakan manifesto itu dalam tempoh lima tahun lagi, jika berikan mandat semula oleh rakyat Selangor.
Sebagai contoh, Khalid mendakwa kerajaan negeri membawa masuk pelaburan RM50 bilion ringgit sejak 2008 dan mewujudkan 123,000 peluang pekerjaan.
Pelaburan begitu tinggi itu tidak setimpal dengan peluang pekerjaan iaitu hanya kira-kira 24,600 jawatan kosong setahun, jauh tidak mencukupi untuk penduduk berjumlah enam juta di Selangor.
Manifesto Pakatan Rakyat langsung tidak mengupas janji kosong Khalid membabitkan pelaburan RM50 bilion untuk pembersihan Sungai Klang dan pembangunan kawasan persisirannya. Janji itu dibuat pada 2008.
Dalam manifesto kali ini, Khalid hanya “berjanji” untuk membersihkan “sungai-sungai tertentu.”
Pada masa sama, pembangkang turut menjanjikan “langit dan bumi” kepada rakyat Selangor dengan menawarkan mereka saham dalam industri air negeri.
Janji itu dibuat meskipun Khalid tahu sepanjang lima tahun lalu kerajaan negeri gagal untuk mengambil alih aset empat syarikat konsesi, dengan memberikan pelbagai alasan.
Justeru, tindakan menawarkan saham air kepada rakyat, tanpa mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan amat tidak bertanggungjawab.
Dalam sektor perumahan, Pakatan Rakyat tidak berani meletakkan sebarang sasaran pembinaan rumah mampu milik sebagaimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
BN berjanji untuk membina 10,000 rumah berharga RM50,000 ke bawah dan 15,000 rumah mampu milik dan 10,000 lagi unit yang berharga RM300,000 ke bawah.
Juga tidak masuk akal ialah tindakan pembangkang “berikrar” menyediakan peruntukan RM100 juta hanya untuk menyediakan dasar perumahan negeri di samping menguruskan projek perumahan tertentu.
Persoalannya ialah apa yang dilakukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri selama ini di bawah Pakatan Rakyat, jika dasar perumahan pun belum dimuktamadkan.
Khalid juga menjanjikan dana RM50 juta setahun untuk membantu pemohon yang tidak layak mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah.
Sambung baca
No comments:
Post a Comment