Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, March 09, 2013

Penduduk Dilarang Mati!



Tidak masuk akal? Tapi itulah arahan dikeluarkan oleh Giulio Cesare Fava, Datuk Bandar Falciano Del Massico yang terletak 50km di Naples, selatan Itali.

Beliau telah mengumumkan "Dengan ini adalah dilarang untuk penduduk menyeberangi kehidupan di dunia ke alam seterusnya".

Portal berita La Stampa memberitahu bahawa setakat ini dua penduduk bandar terbabit telah melanggar arahan.

Arahan pelik ini adalah berikutan tanah perkuburan di bandar tersebut telah penuh. Manakala dua komuniti penduduk menentang sebarang usaha untuk membesarkan kawasan tanah perkuburan itu. 

Disebabkan bantahan tersebut, Datuk Bandar telah mengusahakan sebuah projek perkuburan baru untuk penduduknya. 

Sehingga permit untuk membina lokasi perkuburan baru diperolehi, penduduk diarahkan untuk kekal hidup.

Tapi apa hukuman untuk mereka yang melanggar arahan tersebut? Bagaimana agaknya Datuk Bandar nak hukum yang sudah mati?


Dipetik dari sini



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...