Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia terus mendoakan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.
"Pada saat dan ketika saya berucap ini, perwira negara sedang menyabung nyawa dalam satu operasi yang berlangsung ketika ini.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan penghargaan terhadap doa dan sokongan diberikan rakyat negara ini dalam menjalankan Ops Daulat.
Perkara itu dinyatakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Ops Daulat dilaksanakan bagi memerangi pengganas Sulu yang enggan pulang ke negara asal selepas Malaysia bertolak ansur selama hampir tiga minggu.
Dipetik dari portal Mychannel13
No comments:
Post a Comment