Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu ditemui dalam keadaan dicacatkan dengan teruk, memetik kenyataan Facebook polis lewat petang semalam.
Polis turut mendedahkan pasukan terpaksa dihantar ke kampung berkenaan sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang tercedera dan rakan-rakan mereka yang sudah mati berikutan serangan hendap oleh kumpulan penceroboh Filipina.
"Semasa tiba di Kampung Simunul, pasukan polis telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua lain cedera. Enam penceroboh bersenjata ditembak mati oleh polis.
"Polis menghantar pasukan keselamatan untuk membawa pulang mayat dan menyelamatkan anggota yang terkandas di Kampong Simunul, Semporna. Pasukan polis berjaya dalam misi tersebut.
"Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata," memetik kenyataan dari laman itu.
Kesemua anggota yang terkorban adalah Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sergeant Baharin Hamit, Sergeant Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran and Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan berkenaan termasuk kepala anggota dipenggal dan mata dicungkil keluar.
Sumber
No comments:
Post a Comment