Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, February 09, 2013

Tahun Baru Cina, Yang Kurang Bernasib Baik Tidak Dipinggir..1Malaysia!



Bertempat di Balairaya Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, majlis jamuan teh sempena sambutan Tahun Baru Cina buat 500 warga emas, anak-anak yatim dan kanak-kanak istimewa telah diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mood perayaan yang sedia ceria bertambah meriah dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu. Jelas terpancar riak ceria di wajah warga-warga emas serta anak-anak kurang bernasib baik itu di saat terlihat kelibat Najib.

Seronok Ketam melihatkan setiap yang hadir yang tidak lekang dari bibir mereka dengan senyuman tak kira apa bangsa sekalipun. Benar, majlis tersebut bukan sekadar disertai oleh masyarakat Cina sahaja.


Setiap yang hadir juga turut sama-sama  menggaul Yee Sang, salad ikan dan sayur mentah yang bermakna "prosperity toss" yang diadakan sempena sambutan perayaan tersebut.

Najib juga tidak ketinggalan menyertai aktiviti itu. Usai menjamu selera, beliau meluangkan masa berbual dengan warga-warga emas dan sebelum berangkat meninggalkan majlis, beliau sempat meninggalkan 'buah hati' berupa ang pow yang tak dapat Ketam nak sebutkan berapa isinya..(yang pasti Ketam tak dapat ang pow tu)..kekeke..

Kesemua 500 yang diraikan ini pula terdiri daripada penghuni Rumah Sri Kenangan, Rumah Keluarga Kami, Pertubuhan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), Persatuan Amal Murni Kajang dan Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor.

Dan dikesempatan ini Ketam ingin sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan yang meraikannya. Gong xi fa cai!!!

*Berkat dasar 1Malaysia yang ikhlas mengekalkan intergrasi dan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum berjalan dengan baik nampaknya..syukur...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...