Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, February 11, 2013

'No' Terhadap Najib di Pulau Pinang, 'Boo' Anwar di Seluruh Negara, Mana Lebih Berimplikasi?



 

Bermula at least dua tiga jam yang lalu, geng-geng pembangkang da start jaja cerita kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimalukan ketika konsert Psy di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Perkataan-perkataan berunsur negatif diajukan kepada Najib seperti ‘detik hitam’, ‘dimalukan’, ‘trauma’ dan macam-macam lagi dek kerana kedengaran sekelompok hadirin yang malungkan ‘no’ di kala soalan ‘are you ready for BN’ diajukan beliau.

Seronok bukan kepalang lagi Ketam tengok geng-geng ni termasuklah pemimpin-pemimpin mereka mengutuk insiden tersebut. Itu yang keluar perkataan-perkataan yang Ketam mention tadi tu. Yelah kan…benda yang paling best sekali dalam dunia ni kan mengutuk orang. Nak pulak ‘secara berkumpulan’..Yang tak bestnya bila kita yang kena kutuk..kena kutuk pulak ‘solo’..kehkehkeh..
Balik kepada isu pokok, Najib kena ‘no’..No, perkataan Mat Saleh yang bermaksud tidak. Dan jika dijelaskan dengan lebih lanjut lagi, kononnya rakyat Pulau Pinang tidak bersedia untuk BN menjelangnya PRU nanti. Kononnya..Tapi boleh jadi berasas juga. Takpe..Kita reserve dulu..

Makanya, isu pokok yang dimodalkan Pakatan ketika ini adalah Najib di‘No’kan di Pulau Pinang. No! Najib kena no! So? Pernah dengar cerita ‘Perdana Menteri tak jadi’, Anwar Ibrahim kena boo? Pernah? So? ‘No’ dengan ‘boo’, mana satu yang konotasinya lebih negatif? (sila berlapang dada ketika menjawab persoalan ini :p) Ketam rasa, di antara dua-dua perkataan tu boo lah yang konotasinya lebih negatif. Itu pendapat Ketamlah..Rasanya da habis lapang dada Ketam jawab tu..kekeke..

‘No’, Ketam rasa ia perkataan standard yang digunakan bagi menjawab soalan. ‘Are you happy?’ ‘No’..’Are you crazy?’ ‘No’..’Did you sodomize Saiful?’ ‘No’..Standard lah tu perkataan tu. Najib tanya, diorang jawab..Oklah tu kan..Itu jawapan diorang sebagai orang Pulau Pinang. Najib tanya tu pon dalam konteks negeri tu. Kalau orang Pulau Pinang tak ready takpelah..PRU13 ada balance berapa belas negeri lagi kot.

Sekarang kita berbalik kepada ‘Imam’ Anwar Ibrahim pula (sesumpah ni banyak watak..kena mention satu-satu :p)..Berdasarkan yang dilaporkan oleh media arus perdana…eh tak naklah..itu perkakas Umno! Kata diorang..bukan Ketam..Ok serius! Seperti mana yang sering kita baca di media-media ‘menongkah arus’ (kekeke..) majlis-majlis yang dihadiri Anwar Ibrahim ini sering sahaja timbulnya kekecohan. Beliau bukan setakat di’boo’, bahkan juga ada kes di mana konvoi beliau telah dihalang oleh orang-orang kampung yang tak hingin melihat kelibatnya walaupun beliau dikatakan adalah ‘ANUgerah tuhan’..

Tidak cukup dengan itu, ada juga dilaporkan di mana bas kempen parti beliau, PKR, telah disimbah dengan cat, dipecahkan cerminnya..Dan di sesetengah lokasi ceramah pula berlakunya kejadian ‘berbalas tembakan’ (baling batu actually..hehe) sehingga ada yang cedera.

Jadi apa maksudnya di sini? (Sila berlapang dada juga menjawab persoalan ini)..Pada Ketam, kalau da orang tak kasi masuk kampung, baling batu, pecah cermin bas, itu maknanya memang orang benci sangat-sangat tu. Ops..ada yang tak lapang dada nampaknya..Lu kata itu upahan Umno bro? Memang..Fon gua masuk dalam kuah tom yam hari tu pon Umno sabotaj gak bro..Memang Umno ni kerja dia dok sabotaj Anwar je takde kerja lain..Tu yang banyak janji-janji manifesto kat Selangor terabai tu bro..Eh! :p

Secara peribadi Ketam berpendapat isu ‘No’ ini tak beri implikasi yang buruk kepada BN dan Umno pada PRU13 nanti. Nak kata terpencil nampak macam good-good sangatlah pulak Ketam ni..kekeke..Tapi serius, isu ini berlakunya di negeri Pulau Pinang. Maka pada Ketam, ia tidak menggambarkan kedudukan semasa sokongan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Kenapa? Benda sudah terang lagi bersuluh, di mana rasanya rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik negara akan setuju dengan Ketam iaitu kita semua tahu bahawa majoriti kaum Cina kini sudah hilang keyakinan kepada BN terutamanya Umno. Kajian terkini yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan 61 peratus masyarakat Cina di negara ini mahukan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sementara hanya 35 peratus sahaja di kalangan mereka yang mahu Najib kekal menjawat jawatan tersebut.

Dan memandangkan Anwar sendiri kononnya anak jati ‘Pulau Mutiara’ itu (walaupun ramai pengundi di luar kawasannya sudah fed up dengan beliau), makanya pada Ketam apa yang berlaku pada konsert Psy itu bukanlah sesuatu yang pelik. Tambahan pula jika kita lihat video insiden tersebut, rata-rata..bukan..hampir 90 peratus yang dipaparkan dalam video itu adalah Cina. Untuk itu, pada Ketam sekiranya ia hendak dijadikan modal oleh pemimpin pembangkang, ia tidak lebih sekadar modal murahan ataupun picisan..Tidak menyumbang kepada apa-apa perubahan pun..

Dan saat ini Ketam dapati antara yang sedang ‘melatah’ dengan ‘melipat gulung’ isu ni salah seorangnya adalah ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Bukan main dia smash lagi konon-konon boleh dapat game point. Belakang kalau orang cuit sikit cerita rumah urut kat keliling ofis dia yang dia ‘tak perasan’ tu kang tau lak baran nanti. Tak pun isu Tabung Memali yang Cikgu Non bangkitkan balik tu..Mau tercungap-cungap siap nak reply nanti..(amboi Ketam pulak over!Kekeke..)

So pada Ketam, (cakap ala-ala penganalisis politik) Pakatan terutamanya DAP di Pulau Pinang akan dilihat dah kekeringan modal, kehabisan modal, bankrap, ‘mencetak khayalan’ (ayat Ahmad Maslan :p) sekiranya isu ini mereka hangatkan. Insiden ini pada Ketam tidak cukup untuk mereka gunakan bagi menutup isu-isu yang dikaitkan dengan mereka seperti Kampung Buah Pala, Taman Manggis dan sebagainya.

Manakala di sebelah BN pula, mereka hanya perlu meneruskan momentum mereka di dalam memberikan khidmat yang terbaik sementara masih berkuasa ini untuk mengembalikan keyakinan pengundi kepada mereka. Dan pada pendapat Ketam, di Pulau Pinang itu BN akan dianggap berjaya sekiranya mereka berjaya mengurangkan majoriti yang dikuasai DAP ketika ini. Menang negeri, itu bonus..Sekian..Da Maghrib woi!!!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...