Esok tiba pula giliran bagi rakyat di Terengganu untuk mendengar dengan telinga sendiri amanat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ibu segala pilihan raya yang mahu tidak mahu kita akui bakal mengubah landskap politik negara.
Sempena Jelajah Janji Ditepatinya bagi peringkat negeri Terengganu, pastinya rakyat di negeri itu ternanti-nanti apakah buah tangan yang bakal diumumkan oleh pemimpin nombor satu negara itu setelah pelbagai jenis bantuan dilaksanakannya setelah mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada Tun AbdullahAhmad Badawi.
Dan saat ini kelihatan krew-krew majlis ini sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi memastikan perjalanan majlis ini esok lancar tanpa sebarang masalah seterusnya meninggalkan kenangan yang manis buat rakyat Terengganu yang hadir esok menyambut kedatangan pemimpin yang sentiasa mendahulukan rakyat, Najib Tun Razak.
Apa-apapun orang-orang Terengganu yang ada berhampiran kawasan ini marilah turun beramai-ramai esok untuk kita memeriahkan lagi majlis ini. Siapa tahu mungkin esok PM kita tiba-tiba buat kejutan umum nak bubar Parlimen, kan da terlepas detik bersejarah da kat situ! Hehehe..
Pasal dok kena angin je dari sampai tadi, so sekarang ni perut pon da berbunyi..nak pi cari tempat nak membarah dulu da kebulur da ni..Insyaallah esok Ketam update situasi JJD ni..chow!
No comments:
Post a Comment