Oleh Aidil Syukri
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali malam ini sekali lagi menafikan beliau pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengannya tetapi tidak akan bersumpah laknat untuk mensabitkannya.
Mustafa berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursidul Am parti Datuk Nik Aziz Nik Mat memberitahunya untuk tidak mengambil sumpah laknat "kerana tidak perlu".
Dalam ceramahnya di sini malam tadi, Mustafa tetap menyalahkan Umno sebagai dalang disebalik video itu namun tidak memberikan sebarang bukti. Minggu lalu, Umno mengemukan saman fitnah terhadap Mustafa kerana membuat tuduhan itu.
"Selepas (penyebaran video) itu, saya dihubungi kedua-dua tok guru kita melalui setiausaha politik mereka," kata Mustafa.
"(Saya) Tanya Tok Guru kalau itu boleh menjejaskan PAS, apakah kalau Tok Guru kata kalau saya perlu sumpah, insyaallah saya akan buat..
"Dua-dua memaklumkan kepada saya tidak perlu..jadi sebab itu saya rasa tidak perlu saya melakukan sedemikian.
"(Ini adalah) Kerja Umno buat ini untuk pilihanraya," tegas beliau.
"Seseorang manusia selain daripada Allah, dia sendirilah yang mengetahui tentang dirinya. Kalau saya, sudah tentu saya yang tahu tentang diri saya sendiri lebih daripada orang lain.
"Saya nak sebut bahawa, saya tidak ada kena-mengena dengan video yang tersebar luas hari ini..Yang buat kerja ini adalah Umno," katanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment