Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, May 05, 2013

Tok Him Yakin Diberikan Mandat Sekali Lagi Mewakili Suara Rakyat Pasir Mas




Calon Bebas bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yakin pengundi-pengundi di Pasir Mas akan terus memberikan kepercayaan mereka kepadanya di dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini.

Ketam yang sempat bertemu beliau di Maktab Vokasional Pasir Mas selepas beliau membuang undi pagi tadi kata respon yang diterima lebih-lebih lagi dalam tempoh beberapa hari terakhir sebelum ini membuatkan keyakinan beliau semakin bertambah.

Ke mana-mana sahaja yang beliau singgah ataupun lalu, sambutan yang diterima katanya amat memberangsangkan.

Tiba sekitar jam 9 pagi, Tok Him turut meluahkan kebimbangannya tentang ura-ura terdapat usaha dari pihak tertentu yang mahu menimbulkan suasana tidak tenang di negara kita dalam usaha ia untuk merampas mandat yang diberikan oleh rakyat melalui proses demokrasi yang diamalkan negara.

Beliau yang juga merupakan penyandang bagi kerusi yang ditandinginya itu menggesa agar semua penyokong parti politik agar kekal rasional dan tidak terbawa-bawa dengan emosi.

"Saya berharap kepada semua pihak, apabila peti undi ditutup dan undi mula dibilang, dan sudah barang tentu pengumuman akan dibuat satu persatu..keputusan pilihanraya PRU13 ini di seluruh negara.

"Saya berharap sangat supaya rakyat bertenang dan jangan mengambil apa-apa tindakan di luar batas undang-undang.

"Kebimbangan kita ialah selepas pilihanraya nanti, berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

"Saya harap apa sahaja keputusan, kita menerimanya dengan baik siapa menang, siapa kalah. Janganlah ada golongan-golongan yang melakukan tindakan-tindakan yang tidak sopan, provokasi, sehingga berlaku seperti apa yang dilihat di 'Arab Spring' iaitu di Timur Tengah berlaku huru-hara selepas pilihanraya. Kita tak nak perkara ini berlaku," demikianlah serba-sedikit luahan beliau.

Apapun, Ketam nak pujilah pengundi-pengundi di Pasir Mas yang awal-awal lagi sudah berduyun-duyun memenuhi tempat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Apakah ia sebenarnya gambaran tentang perasaan meluap-luap mereka untuk TUKAR di Kelantan? Wallahu'alam..sama-samalah kita nantikan keputusannya nanti.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...