Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, May 28, 2013

Semoga Ustaz Zizan Segera Pulih




Alhamdulillah..Ayuh kita mendoakan semoga Ustaz Zizan segera pulih hendaknya.

Portal online Sinar Harian melaporkan beliau kini hanya menggunakan bantuan mesin pernafasan pada waktu malam sahaja.

Mudah-mudahan lebih banyak lagi perkembangan positif selepas ini.

Petikan laporan Sinar Online:

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan beransur pulih setelah tidak menggunakan bantuan mesin pernafasan pada sebelah siang.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan semakin stabil berikutan hanya menggunakan mesin pernafasan pada waktu malam.

“Keadaannya bertambah baik. Bermula 9 pagi kelmarin, beliau hanya guna mesin pernafasan pada sebelah malam. Beliau juga dalam usaha untuk bercakap berikutan suaranya tidak jelas walaupun beliau cuba berulang kali.

“Beliau masih diberi makanan melalui tiub dan dipantau doktor pakar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP). Buat sementara ini, doktor belum mengesahkan beliau akan dipindahkan wad atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...