Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 16, 2013

Selepas PRU13: Ke Mana & Apa Cerita Herman Tino, Dayangku Intan & Aishah?




Sudah 10 hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlalu. Dengan keputusan yang diterima, seluruh rakyat negara Malaysia baik daripada golongan pemimpin tertinggi hinggalah ke masyarakat serata, kini telah kembali meneruskan tanggungjawab dan rutin harian masing-masing. Begitu juga kami di meja hiburan Malaysian Digest, kembali menumpukan pada tugasan memaparkan wadah hiburan terbaik dan sensasi untuk tatapan pembaca-pembaca MD.

Tetapi dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya setelah tamat PRU13, ke mana perginya tiga penghibur popular era 80-an yang telah mencuri tumpuan mencipta sejarah tersendiri - penyanyi Herman Tino, Dayangku Intan dan Aishah? Laporan media sebelum ini menyebut meskipun ketiga-tiga mereka kalah namun ia disifatkan sebagai permulaan yang baik. Bergelar anak seni dan bertanding buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara, itu juga boleh kira satu kejayaan, bukan?

Tetapi apakah benar dakwaan yang mengatakan perjuangan Herman Tino, Dayangku Intan dan Aishah dalam dunia politik, hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam? Kerana kononnya sekarang ni mereka kembali menjalani kehidupan sepertimana sebelum ini, sebagai artis. Atau, mereka kini mengatur gerak aktif berpolitik dan meneruskan perjuangan dan misi seperti yang di canang-canang ketika deman kempen PRU13 lalu?

Mahu Tubuhkan BRO

"Alhamdulillah. Saya bertanding dengan betul dan saya kalah dengan betul. Saya terima kekalahan itu tanpa banyak soal. Sekarang ini saya sedang merasa kekalahan, saya tidak malu,” Herman Tino memberitahu MD ketika dihubungi.

"Saya memutuskan untuk bertanding di saat-saat akhir iaitu dua minggu sebelum PRU13. Itu saja masa yang ada untuk menterjermahkan ucapan saya. Saya akui, saya gagal menterjemahkan misi saya tetapi saya bersyukur kerana ramai peminat saya yang menyokong perjuangan saya,” katanya.

Memegang tiket calon Bebas, pemilik nama sebenar Masrun Tamsi ini bertanding di kerusi parlimen Tanjong Karang. Bagaimanapun Herman Tino hanya mendapat 340 undi berbanding wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar yang memperoleh kemenangan dengan 20,548 undi.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Berkorban Apa Saja ini, kekalahan tidak mematahkan semangat beliau untuk terus dengan manifestonya. Malah Herman Tino mengakui semakin meminati dunia politik.

"Saya dah semakin minat politik dan akan terus aktif berpolitik. Selepas ini, saya akan menterjemahkan lagu-lagu saya melalui ucapan-ucapan saya dalam politik. Misi saya, damai dalam politik, jambatan kasih. Saya tidak suka melihat bangsa saya bergaduh tentang agama dan idealogi.

"Berpolitiklah dengan sepatutnya. Saya benci orang yang berpolitik sepanjang masa. Saya bukan menentang parti. Saya menentang calon. Kedamaian perlu ada pada bangsa Melayu, bukan bercakaran sesama sendiri sepanjang masa", ujar figura berusia 59 tahun ini yang tidak menolak seandainya diberi peluang untuk bertanding lagi pada masa hadapan.

Tegas Herman Tino, penglibatan beliau dalam politik seterusnya bertanding di kerusi parlimen bukan olok-olok. Beliau tekad mahu berbakti kepada penduduk di tempat kelahirannya. Bahkan menyifatkan penglibatannya ini sebagai tabir kedua selepas tabir pertama iaitu bergelar penyanyi.

"Saya anggap politik yang saya ceburi ini adalah tabir kedua selepas tabir pertama saya iaitu dunia nyanyian. Sekarang saya mahu berpolitik dan saya tidak main-main. Saya berplatformkan parti Bebas dan menggunakan lambang bunga raya. Mungkin selepas ini saya bercadang mahu menubuhkan Bunga Raya Organisation (BRO).

"Saya akan jadi komponen kepada siapa yang memerintah. Saya hanya mahu bersuara mewakili penduduk Tanjung Karang. Di sini, selain kerepek ubi, kerepek pisang dan padi, Herman Tino juga adalah produk Tanjung Karang", katanya dengan nada berseloroh.

Kemudian menambah, "Bagi saya, seorang pemimpin perlu berpolitik dan membangunkan daerah Tanjung Karang dengan cara yang kreatif. Seseorang pemimpin itu perlu pandai, bukan memandai-mandai. Pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang disegani kawan dan juga lawanannya", katanya yang memberitahu pesanan itu ditujukan pada wakil rakyat yang telah dipilih oleh penduduk Tanjung Karang pada PRU lalu.

Pesanan Untuk Azalina

Seorang lagi artis, Dayangku Intan, 47, berkata selepas menerima kekalahan dengan hati terbuka, beliau akan tetap meneruskan perjuangannya dalam dunia politik.

"Saya masih aktif berpolitik, masih lagi berceramah. Saya akan teruskan perjuangan saya dalam politik untuk penduduk dan generasi muda-mudi di sini. Dengan apa yang kita semua lihat pada satu perhimpunan di Kelana Jaya baru-baru ini, saya berada di sana dan melihat keadaan di sana. Sekaligus kekalahan saya telah menyuntik semangat untuk saya teruskan dalam dunia politik," kata pemilik nama sebenar Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang berada di Pengerang, Johor, ketika dihubungi.

Dayangku Intan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraih sebanyak 4,484 undi tewas kepada calon BN, Datuk Azalina Othman Said yang berjaya meraih 26,992 undi.

Sambung Baca



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...