Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, May 10, 2013

Isu MB: Anwar nafi bersemuka dengan Azmin






Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mengadakan sebarang perjumpaan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Anwar dalam pada itu berkata Azmin ketika ini sedang bermesyuarat dengan pimpinan PKR Selangor, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

"Azmin mesyuarat dengan PKR Selangor," kata Anwar kepada pemberita.

Beliau kemudiannya bergegas meninggalkan ibu pejabat PKR di Tropicana.

Selangor sehingga kini masih belum memutuskan siapakah menteri besarnya walaupun hampir semua negeri telah mengadakan upacara angkat sumpah di hadapan Sultan dan Yang Dipertua masing-masing.

Pilihan Raya Umum (PKR) pada Ahad lalu menyaksikan PAS dan DAP memenangi lebih satu kerusi DUN berbanding PKR.

PAS dan DAP masing-masing mendapat 15 kerusi manakala PKR hanya memilik 14 kerusi DUN sahaja.

PAS melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu tidak akan menuntut jawatan menteri besar dari PKR.

DAP juga menyatakan sokongan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali menjadi menteri besar.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam pada itu berkata PAS dan DAP tidak perlu masuk campur bersabit pencalonan menteri besar kerana jawatan itu milik PKR.

Sumber PKR memberitahu, Azmin dan Zuraida kurang senang dengan hasrat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik kembali Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan itu.

Difahamkan, Azmin dan Zuraida mengugut untuk meletakkan jawatan mereka, jika Anwar tetap memilih Khalid.

Khalid sebelum ini dikritik pemimpin akar umbi PKR kerana gagal mentadbir urus negeri dengan baik selain sering membelakang keputusan parti.


Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...